Friday, December 31, 2010

Tanah Tumpahnya Darahku..

Assalamualaikum guys..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..(dah macam nak khutbah jumaat dah)
memang segalanya berbaloi..penantian negara selama 14 tahun dan penantian aku sejak berberapa tahun nak tengok kebangkitan & kemeriahan bolasepak tanah air akhirnya dah tercapai..Akhirnya Skuad Harimau Malaya dapat jugak lakar sejarah negara yang pertama bila dah menang Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan team Indonesia yang sememangnya berlagak,riak dan takbur..nak2 lagi penyokong2 dia..hahhaa..puas hati aku bila kita dapat tutup mulut diaorang dengan kemenangan kita..nak tau tak?sepanjang AFF cup ni,bole kata hari2 aku berdebat dengan penyokong2 indo kat page FB AFF cup nih..penyokong diaorang memang kurang2 ajar belaka..tapi tak semua la cuma ramaiiii..caci maki diaorang memang sial..tapi aku tetap nak tunjukkan rakyat Malaysia ni berbudi bahasa and professional..aku tak mencarut2 and hina negara diaorang macam diaorang buat..and seboleh2nya aku elak panggil diaorang "INDON" sebab diaorang tak suka..ada sapa2 tau sebab apa??

1st leg semi-final dengan vietnam kat bukit jalil..tu la 1st time aku jejak kaki kat bukit jalil and 1st time jugak aku tengok game Malaysia secara LIVE kat stadiumm..sebelum2 ni dapat tgk kat TV je sebab jauh..and 1st time juga aku join Ultras Malaya yang memang dah lama aku nak join..dpat jugak akhirnya..and ternyata segala2 yang "1st time" ni sangat berbaloi dengan hasil susah payah aku ke sana..bayang la aku sorang2 diri naik bas dari kuantan ke bukit jalil..pastu beli tiket last2 minit(game pon dah start masa sampai),berebut plak nak masuk pintu kecik stadium tu dengan beribu2 orang lagi nak masuk..utk 1st time join Ultras aku berdiri selama 90minit macam rules diaorang..tapi lebih kot sebab time rehat aku x duduk jugak sebab seat penoh..hehehe...semua tu berbayar bila Safee Sali berjaya menggamatkan Stadium 2 kali..perghh..hanya orang yang dah penah tengok bola kat stadium je yang tahu betapa nikmatnya masa tuh..even kalau tiket beratus2 pon semua tu memang berbayar la..

Untuk 2nd time plak jejak ke Bukit Jalil..aku mula gerak ari jumaat ke perak sebab nak amik barang2 kat umah sewa..masa brenti kat R&R gambang jumpa plak player2 pahang yang OTW ke S.alam friendly dgn selangor(kalah 2-1).Sempat la angkat tangan kat Alex(no.12)hehehe..malam tu aku tido kat ipoh..mak aku cakap,abang ipar aku kat KL cakap yang kawan dia cakap tiket bola dah sold out!!!wahhh..aku mula2 memang frust gile babi..gila ko,negara tengah nak cipta sejarah kot..esoknya aku gerak ke KL sebab ada kenduri kawen..petang tu aku tak kira aku ajak jugak abg ipar aku pegi cari tiket kat SBJ..akhirnya dapat jugak n ternyata kisah2 tiket abis tu khabar angin je..malam tu baru betol2 SOLD OUT!and petang tu jugak la aku dapat beli jersi Malaysia yang dah lama aku cari size XXL sebab mmg susah nak dapat.Even tak dapat warna kuning Home tapi xpelah..janji ada..And ahad malamnya aku n abg ipar aku naek LRT dari titiwangsa ke bukitjalil..sesaknya macam sardin toksah cakap la dalam LRT tu..tapi aku ngan abg jen dapat duduk..hehe..sampai2 je kat hentian BJ..perrghhh..orang2 kat situ sambut kitaorang dengan sorakan macm kitaorang ni plak player2..hahaha..giler..dah lama aku x rasa suasana stadium penuh macam tu..tercapai jugak impian aku..last aku duk dlm stadium yang penuh masa kat SDM tahun 2004 masa pahang menang liga super..korang2 yang tak pernah duduk dalam stadium yang penuh try2 la pegi lain kali..memang takleh digambarkan dengan kata2 laa..and skali lagi aku dengan abg ipar aku malam tu join Ultras Malaya(UM) kat stadium..memang surpeise gila diaorang keluarkan bendera gergasi Malaysia yang orang cakap harganya cecah RM15,000..and jugak surprise dengan Jersi Kebangsaan gergasi yang xtaulah plak berapa harganya..Alhamdulillah skali lagi journey aku tak sia2 bila kita menang 3-0 malam tuh..perghh..memang xleh bayang la..nak menangis rasa bebb..

Final 2nd leg aku dengan beberapa kerat geng2 TGC lepak kat Restoran Shaz kat tanjung api..even ujan lebat gila malam tuh,aku dengan berjersi biru skali lagi meredah ujan..wahhh ayaaatt..hehe..ramai jugak la kat sana..perghhh..begegar beb kedai tu masa Safee score gol pertama..gilerr ahhh..memang aku melompat2 macam orang gila malam tu..PUAAAASSS!!bila tengok skuad kita julang Piala kat GBK tu memang terharu gila la..abis je game tu geng2 TGC ni buat kepala nyanyi lagu "Barisan Kita" and semua kat restoran tu ikot sama and last2 bersorak..wahh.memang puas hati..

So sekarang ni aku tengah sibuk2 prepare nak masuk belajar semula..ke Shah Alam jugak aku degree nih..haha..aku dah risau dah nii..tapi xpe.."experience is the best teacher Domm"(diaolog Papadom)semoga aku n rakan2 kat sana berjaya dengan baik..and aku nak mulakan falsafah baru dalam hidup aku kat sana..InsyAllah..tak sabar jugak nak join TGCKL kalo pahang ada game kat KL..n boleh join Ultras Malaya(UM) kat restoran hakim seksyen 7 tu..dah dekat sangat dahhh..hehehe..

Apa2 pun Tahniah buat Skuad Harimau Malaya atas kejayaan and maruah negara yang dah korang naikkan..and lebih bangga lagi player2 kita yang berjaya kali ni semuanya bawah 23 tahun..gila ko..skuad muda kita kalahkan skuad senior indonesia kotttt..Aku memang bagi pemain terbaik Malaysia setakat ni ialah Khairul Fahmi Che Mat (KFCM),GK muda negara..umur sebaya dengan gua tu beb 21..dah makin hot dia sekarang..giler ahh..aku pon nak jadi player Malaysia ah pasni..belambak2 awek masyukkk..haha..and aku nak ambil kesempatan nak mintak maaf kat Safee Sali sebab aku banyak kutuk2 dia nak2 masa dia maen dengan selangor(adat la kan dah gua sokong Pahang..hahaha),and masa AFF Cup tu pon awal2 aku x suka dia sebab sakit ati tengok dia lebih banyak berjalan dari berlari..tapi last2 dialah wira negara..baguslah,dia dah buktikan tanggapan aku salah..SORRY YA BROO!!hehehe~~And jugak kepada semua sekali player2 yang dah besusah payah,and also to Mr rajagobal yang memang sangat berjasa..Tahniah!!

Kepada semua penyokong2,rakyat2 Malaysia,manusia yang ber "IC" biru berjalur gemilang,yang menyanyo lagu negaraku,yang bercungkil de lengan masa baru lahir..teruskanlah sambutan dan sokongan seperti yang berlaku sekarang ni..jangan hanya tahu berbangga dengan kejayaan dan kerakyatan malaysia hanya bila kita menang,tetapi hanya pandai mengutuk and menghina skuad negara masa kita kat bawah..sokongan padu kita sebagai "The 12th player" tu salah satu faktor kejayaan skuad negara..KALAU NAK SOKONG,SOKONGLAH SAMPAI MATI..Sebab ini negara kita,tempat kita lahir,tempat kita berbakti,tanah air kita...Tanah Tumpahnya Darahku..

Thats all folks..thanx 4 reading..c ya.. :D


Malam final 1st leg kat Bukit Jalil pergi dengan Abg Ipar gua..naek LRT dari titiwangsa asmpai sesak2 ke stadium..Malam yang paling gemilang and berbaloi tengok Malaysia score 3 gol yang buat Malaysia juara dari segi agregat 4-2..Jersi tu beb..susaaah nak cari XXL..inipon 2nd grade punya dah rm55..mahal kott..tapi takpee..janji puasss!!!
Nilah Ultras Malaya malam final pertama kat SBJ tu..try la cari gua kalo jumpa..hehe
Pengorbanan pertama gua untuk datang dari kuantan straight to bukit Jalil utk bagi sokongan sepenuh hati masa 1st leg semi-final.1st time ni gua tengok malaysia live kat stadium.punya la seksa nak sampai ke stadium..7jam dalam bas,berebut beli tiket last2 minit n berebut nak masuk pintu kecik stadium tu..and ternyata berbaloi tengok 2 gol Malaysia malam tuh..
Antara wira2 negara yang memainkan peranan penting untuk Malaysia cipta sejarah..respek gua lebih kat Khairul Fahmi Che Mat (KFCM)
Yang ni Gua masa menang Europa 2016 masa maen dengan Atletico Madrid..(dalam PES daaa..hahaha)Piala pon lebih kurang AFF punya..tengok la nama kat jersi ttuuu..hehehe
Tahun 2011 kita saksikan pulak kebangkitan skuad Tok Gajah dalam liga Super..insyAllah..AMOKK!!!

Sunday, December 19, 2010

Kamu rasa kamu Gay dan kamu OK?? Ini jawapan untuk kamu..

Assalamualaikum guys.

Selama ni isu gay kat malaysia memang dah diketahui umum dan kadang2 jadi bahan gurauan aku n kawan2 utk hiburkan diri sendiri..
arini aku bukak paper dan panas isu tentang pengakuan seorang Gay yang sangat berani dan selamber badak tanpa memikirkan sensetiviti rakyat2 Malaysia dan bangsa melayu..Malang nasib orang Melayu dan Islam hari ini kerana gay tersebut merupakan seorang anak Melayu dan beragama Islam (Islam ke kalau dah kes macam ni??Wallahualam..aku x layak nak kata orang kafir..hanya Allah yang tentukan..)

Jadi kat bawah ni aku dapat 1 komen yang menarik dari seorang pengomen di FB Oh Media!..sangat padat dan tepat jawapannya untuk golongan2 manusia kaum Luth yang dilaknat nih..Aku amat mengalu2kan golongan yang "Saya Gay ,Saya OK" ni untuk baca dan renung kembali..kami xkan pernah menghina anda jika bukan anda yang minta untuk dihina..so semoga anda sedar dan fikirkan kembali, Ayat manusia lebih benar ataupun Ayat dan Firman2 Allah lebih benar..

p/s:untuk tengok video tu,korang boleh ke link ni---->http://www.youtube.com/watch?v=SJLSteQIcms (malas nak upload..lambat..heheh)

p/s lagi:lagi satu,sebelum baca,tutup la dulu lagu kat sebelah ni..khusyuk sket baca..lagipon ada ayat2 suci..tekan je pause orait? :)

Oleh AntZameer

Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Haran bin Terah. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terl...etak di Utara Basin, Laut Mati.

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.

kepada encik azwan ismail..anda adalah syaitan.

Al-An`aam:112
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia) [499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

>>> sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu <<<<

An-Nas : 6
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
(Syaitan itu) adalah di kalangan jin dan manusia

...sudahlah sesat..mengajak pula pada kesesatan....anda mmg syitan yg nyata.....

ayat dibawah ni khas untuk anda.(dan gay-gay yg lain)
_______________________________________________________
Al-Anbiyaa`:074
وَلُوطًا ءَاتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ تَعْمَلُ الْخَبَائِثَ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ فَاسِقِينَ
dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji [966]. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik,

Al-Anbiyaa`:075
وَأَدْخَلْنَاهُ فِي رَحْمَتِنَا إِنَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
dan Kami masukkan dia ke dalam rahmat Kami; karena sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang saleh.
_______________________________________________________

Asy-Syuaraa`:165
Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia,

Asy-Syuaraa`:166
dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas".

Asy-Syuaraa`:167
Mereka menjawab: "Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang-orang yang diusir"

Asy-Syuaraa`:168
Luth berkata: "Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu".

Asy-Syuaraa`:169
(Luth berdo`a): "Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan".

Asy-Syuaraa`:170
Lalu Kami selamatkan ia beserta keluarganya semua,

Asy-Syuaraa`:171
kecuali seorang perempuan tua (isterinya), yang termasuk dalam golongan yang tinggal.

Asy-Syuaraa`:172
Kemudian Kami binasakan yang lain.

Asy-Syuaraa`:173
Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu

_______________________________________________________

Hud:078
وَجَاءَهُ قَوْمُهُ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِنْ قَبْلُ كَانُوا يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ قَالَ يَاقَوْمِ هَؤُلَاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِي ضَيْفِي أَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رَشِيدٌ
Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji [730]. Luth berkata: "Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal ?"

Hud:082
فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ مَنْضُودٍ
Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi,

Hud:083
مُسَوَّمَةً عِنْدَ رَبِّكَ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ
Yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim [733].

_______________________________________________________

Al-Qamar:036
وَلَقَدْ أَنْذَرَهُمْ بَطْشَتَنَا فَتَمَارَوْا بِالنُّذُرِ
Dan sesungguhnya dia (Luth) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka mereka mendustakan ancaman-ancaman itu.

Al-Qamar:037
وَلَقَدْ رَاوَدُوهُ عَنْ ضَيْفِهِ فَطَمَسْنَا أَعْيُنَهُمْ فَذُوقُوا عَذَابِي وَنُذُرِ
Dan sesungguhnya mereka telah membujuknya (agar menyerahkan) tamnuya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku.

Al-Qamar:038
وَلَقَدْ صَبَّحَهُمْ بُكْرَةً عَذَابٌ مُسْتَقِرٌّ
Dan sesungguhnya pada esok harinya mereka ditimpa azab yang kekal.

Al-Qamar:039
فَذُوقُوا عَذَابِي وَنُذُرِ
Maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku [1438].

_______________________________________________________

kesimpulannya

taha 113
وَكَذَلِكَ أَنْزَلْنَاهُ قُرْءَانًا عَرَبِيًّا وَصَرَّفْنَا فِيهِ مِنَ الْوَعِيدِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ أَوْ يُحْدِثُ لَهُمْ ذِكْرًا
Dan demikianlah Kami menurunkan Al Qur`an dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali, di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertakwa atau (agar) Al Qur`an itu menimbulkan pengajaran bagi mereka.

>>> dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali<<<<

note:dalam al quran banyak digunakan kami sebgai kata ganti nama tuhan bukan menggambarkan tuhan yg banyak tapi dalam bahasa arab dan hebrew(ibrani) terdapat 2 jenis plural..plural of number and...plural of respect(the royal plural)...

wassalam
antzameer

camane korang rasa??dah dapat point untuk fikir balik apa yang korang dah,sedang atau akan buat??aku bukanla ustaz atau manusia yang sangat alim..tapi aku tahu yang mana buruk dan mana yang baik..apa yang golongan2 anda ini buat memang sudah terang-terangan buruk dan sangat bodok serta dilaknat Allah..aku takut tengok apa kesannya pada anak2 bangsa aku akan datang...dan aku takut bumi Malaysia yang aman ni akan dilaknat Allah kerana golongan ini..So aku harap korang boleh fikir sendiri dan balik ke pangkal jalan..tolong jangan jadikan diri korang tu bahan hinaan dan menjadi ikon yang memalukan bangsa,agama serta negara kita..kalo rasa2 xleh nak insaf jugak,pegilah buat di satu tempat di mana Allah takkan dapat melihat perbuatan korang..

kepada korang2 yang normal ni..aku tau ramai mesti yang marah n mencarut2 bagai la kat mamat ni..aku rasa jangan buat macam tu..doakan dia dan golongan2 dia ni kenal diri diaorang yang sebenar2nya..jangan hina dan caci maki mereka..sebab menda2 itu membuat diaorang marah dan menjadikan mereka tak peduli lagi dengan teguran2 yang bermanfaat utk mereka..aku pun penah kutuk golongan2 ni..tapi dalam hati aku berharap diaorang kembali menjadi lelaki normal..

thanx 4 reading guys..untuk kebaikan bersama..Love ya.. :)

Wednesday, December 15, 2010

1 peristiwa, 2 pengalaman berbeza..

Assalamualaikum guys..

yeah,hari ni aku nak kongsi 1 kisah yang sgt best..paling best n lawak la spanjang aku hidup kt bumi ni slame 21 tahun..hahaha..peristiwa ni baru je terjadi sebentar tadi (14 disember 2010, 11.50 mlm..)kisah ni terjadi semasa aku Haris Adam(H.A) bkn nama sebenar,Kamal Nazrin (K.N) pon bkn nama sebenar dan Fadzlan Ramali (F.R) bkn nama sbenar jugak sedang dlm perjalanan pulang dari lepak kat TC (teluk cempedak) bkn nama tmpat sbenar..mula2 kita lihat pandangan dari aku H.A di dlm pristiwa ni..saksikan lakonan semula di bawah..hehehe..

Di dalam kereta aku..

K.N: "alamak bro..credit aku dah abis laa..singgah 7E jap eh.."
H.A: "Oraiittt..."

H.A pon memparkkan kretanya betol2 dia hadapan 7E.K.N pon masuk ke dalam utk beli top up.smentara itu H.A dan F.R dok berbual di dlm kereta..

H.A:"hek eleh bapok ni,klua je la..mcm besar sgt kreta tu..bongok..dah la bapok..!"H.A memaki2 smbil didengari dgn redha oleh F.R apbila sebuah kereta yg dipandu oleh seorang bapok membuatkan kereta H.A seoalah2 menghalang dan mnyusahkan dia daripada dipandu kluar dari jalan itu..

F.R: "eh..serius ke bapok??"
H.A:"ha'ah..slalu dia isi mnyak masa aku keje shell dulu.kaya kot bapok ni.slalu sangat aku tgk bdk2 muda laki ikot dia.cam siaal je.."H.A memaki lagi apabila mengenangkan prasaan menyampahnya kat bapok itu.Sambil2 itu H.A memerhatikan K.N di dlm 7E yg sedang membayar top upnya.Dalam hatinya berkata,"muka hensem,memang padan la ko slalu kena kacau dgn bapok K.N oii..nasib bek bapok tadi dah blah..kalo tak dgn ko2 dia angkut.."

sambil menunggu,H.A dan F.R ikot menyanyi lagu yg dikumandangkan di radio Hitz.fm, what if..dlm masa yg sama,sebuah viva berwarna putih masuk di parkir yang agak berdekatan kereta H.A..seorang awek keluar dari dalam kereta masuk ke 7E smabil pakwenya tunggu dlm kereta..

F.R:"hek eleh awek ni,nak masuk 7E pon siap bwk handbag bagai.."
H.A:"alaa,takut pakwe dia curi duit dia la tu kalo smpan dlm kreta..muka pakwe dia pon cam perompak je.."sumpah H.A sesuka hatinya lagi walaupun menyedari tindakannya berdosa..Astaughfirullah...

semasa awek tu masuk ke 7E,K.N pon keluar dan berselisih dgn awek tu..H.A hanya memerhatikan K.N smbil terus menyanyikan lagu di radio smentara F.R di blakang meracau2 mcm org gila..(nak kasi sedap crita..hehe).K.N terus berjalan sambil leka memerhatikan H/p di tangannya.namun H.A merasakan ada sesuatu yg x kena..

H.A:"aik..?nak gi mana plak mamat nih??yang pusing jauh sangat tu knape??"kata H.A di dalam hati.F.R masa itu berhenti meroyan dan ikot H.A memerhatikan pergerakan K.N..(perghh..lan bole baca pikiran aku..hahaha)

K.N terus berjalan dengan yakin dan bangganya setelah berjaya membeli topup maxis 10 hinggitnya dan tetap leka memerhatikan H/P di tgnnya.sedikitpun dia tidak menoleh ke arah H.A dan F.R yg menunggu di dalam kereta smbil memerhatikannya...

H.A:"Weh2..lan,Kamal salah kereta dow!!"

K.N yg yakin terus berjalan menuju ke kereta viva yg turut berwarna putih seperti kereta H.A..bukan itu sahaja,malah K.N dgn riak & takburnya terus membuka pintu kereta tersebut,masuk dan terus duduk di sebelah pakwe awek tadi yang sambil tadi turut memerhatikan K.N yang dgn tenang menuju dan masuk ke keretanya.bukan itu sahaja,malah K.N yang masih belum sedar terus menutup pintu kereta tersebut tanpa menyedari kesilapannya itu.Dan dengan selambanya dia membuka lampu dlm kereta tersebut utk melihat digit2 topup di atas kertas di tangannya..

H.A dan F.R yang memerhatikan dari tadi sudah tidak dapat menahan lagi lalu terus berderai gelak tawa mereka sampai bergegar2 kereta H.A...

H.A:"WAARRGGHHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!"
F.R:"HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHA!!!!HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...HAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!!
H.A:"UHUKK UHUUKK!!!WARRGHAHAHAHAHAHAHAHAHAH...HAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!!

K.N dilihat terkejut apabila ditegur oleh pmandu terbabit..lalu dia dengan tergesa2 terus keluar daripada kereta itu menuju ke kereta H.A di mana 2 penghuni di dalamnya sudah hampir nazak dan hampir terburai isi perut mereka akibat tdk tertahan2 lagi bergelak sakan melihat peristiwa tersebut...

Sekarang,mari kita lihat bagaimana pula peristiwa ini berlaku daripada pandangan Hero utama filem ini iaitu K.N....berikut pengalaman yang diceritakan semula oleh K.N dlm pritiwa tersebut..~~~~

Di dalam kereta aku..

K.N: "alamak bro..credit aku dah abis laa..singgah 7E jap eh.."
H.A: "Oraiittt..."

H.A pon memparkkan kretanya betol2 dia hadapan 7E.K.N pon masuk ke dalam utk beli top up.

K.N:"hye awak,mintak top up maxis 10 ada x?"tanya K.N kpada awek yg menjaga kaunter 7E masa tu sambil menunjukkan pandangan mata menggoda.
Awek 7E:"ada,skejap ye.."
K.N: "letak kari lebih awak eh.."(rekaan utk sedapkan crita..)

setelah membuat bayaran,K.N pon menuju ke pintu keluar sambil mengenyit mata pada awek tadi yg kemudiannya terus pengsan tdak sedarkan diri.Mengikut laporan,awek tersebut sedang dikejarkan ke E.R HTAA..Sambil itu K.N berselisih dgn seorang awek yg masuk ke 7E..

K.N:"boleh tahan la ko ni.."gumam K.N dalam hatinya..

sambil itu dia terus berjalan menuju ke kereta smbil tdk memerhatikan skeliling..hanya pada H/p nya..

K.N:"menatang ni,xnak masuk plak..eiii.." sumpah K.N apabila topupnya x masuk2..

tatkala smpai di kereta,K.N terus membuka pintu dan terus masuk serta duduk di seat hadapan seperti biasa.Namun K.N menyedari sesuatu yg agak ganjil..

K.N:"asal laen sangat bau kereta ni??"gumamnya dlm hati lagi sambil matanya terus tertumpu pada H/p di tangan.Disebabkan suasana gelap dalam kereta yg menyukarkannya utk mlihat nombor2 topup,dia terus membuka lampu di dalam kereta.Tiba2...

Driver: "err..bang,lu salah keleta la.."
K.N:" .............."

Krik krik krikkkk ( bunyi cengkerik )

pandangan mata mereka bertemu seketika.K.N yang agak kebingungan sekejap terdiam seketika.

K.N:" ALAMAK!!SORRY BANG SORRYY.." jerit kamal sambil menutup lampu tersebut dan membuka pintu serta keluar dengan segera.Stelah keluar dia melihat H.A dan F.R di dalam kereta sedang berbuih2 mulut gelak sehinggakan kereta mereka hampir2 terbalik dek pergerakan mereka berdua di dalam kereta itu yg penuh emosi..

K.N:"AMBOI,SAMPAI BERGEGAR2 KERETA KORANG GELAKKAN AKU..SSIIIIOOOOTTTTT!!!!KENAPA INI BERLAKU PADA AKU!!??KENAPAA??KENAAPAA!!!!!!???" jerit K.N di dalam hati sambil masuk kedalam kereta yang sebenar.

seketika K.N turut join menggelakkan dirinya di atas pristiwa yang sangat memalukan itu..mereka bertiga terus menerus gelak tanpa henti slama kira2 2 minit di dalam kereta tersebut smpaikan kereta viva tersebut blah pon x prasan..

-the end..

maka tamatlah sudah kisah pristiwa yg x mungkin aku lupakan smpai bila2..memang terbaek..aku x penah tgk ksilapan yg amat besar tu spanjang 21 thun aku bernafas..HAHAHAHAHA!!bila ingat balik muka selamba kamal masuk kreta tu,muka mamat driver tu dok peratikan dia,mmg x boleh blah..sumpah rugi gila x dapat rakam..aku rasa kalo aku sedar ksilapan tu beberapa saat lbih awal,mungkin lan sempat rakam kjadian tu..hahaha..xpelah,xde rezki..kalo x,korang tgk kompom boleh pecah perut la..lepas ni mmg aku nak cari parking kat sbelah kreta2 yg sama dgn aku bwk then standby kamera..hahaha..

oklah guys,aku pon dah letih gelak,bercerita,malam ni kena tdo awal sket sbb esok nak gerak ke KL utk tgk game AFF Malaysia lwn Vietnam kat SBJ..kesimpulannya disini,berhati2lah apabila anda berjalan kembali ke kereta..kalo terjadi pada anda,ianya mmg memalukan..hahahaha..nasib baek driver tu bukan bapok yg dok usha si kamal ni lama dah..hahahahaha..

oraiit guyss..gudnite..thanx 4 reading..heheheh :D

Friday, December 10, 2010

Alhamdulillah...again..

Assalamualaikum..

Hari ni result akhir semester aku kluar..final year..and Alhamdulillah,yang last sem ni lah yang paling tggi sepanjang 6 smester n 3 tahun aku berhijrah ke sana..cuma agak terkilan sebab x berjaya jugak nak dapat dekan..x cukup usaha lagi nii..tapi camne2 pon aku trime jee..xde hal lah..janji xde repeat,n result mningkat sudah..dalam masa sama aku kagumi diri aku sndiri yang masih boleh dapat result yg membanggakan even dengan macam2 dugaan n masalah daripada awal sem..masalah duit la,kesihatan la,hati la,perasaan laa..macam2..Alhamdulillah sumenya berbaloi.. :)

Tapi aku mmg kagum giler la dgn budak2 batch aku..ramai gila kot dekan..giler arhh..even aku x tersenarai sama tapi aku cukup bangga n hepi la dengan diaorang..they deserve it..mmg aku tgk diaorg sangat2 rajin n tekun masa buat keje..ada yang slalu kena psycho dgn lecturer..ahhaha..paling x boleh blah iqbal laa..asal jumpa encik shahril nak proceed je mesti kena psycho..pastu senyaaaap je..buat muka sedih,cakap pon terketar2..hahaha..tapi yang bagusnya,bila sampai je rumah,bukak peti sejuk,minum soya 2 3 teguk then trus bukak PC n mengadap sketch..sketch mamat ni la paling bersepah2 skali kat umah tu..pastu dgn x pakai bajunya..sluar pendek paras atas pusat..HAHAHAH!!Hasilnya,ko dapat 4 flat bal..gilerr ko..4 flat kot...kira mmg dah terbukti ko antara student lelaki terbaik dlm kelas kita..so prud of u la Bal..aku mmg xleh lupa la ngan ko ni bal..tapi dia jgak la slalu jadi mangsa aku kalo time aku badmood..slalu kena marah..tapi dia x mlawan pon..abis kuat pon dia senyaap je..kadang2 tu sakit hati jgak dgn mamat ni..suka tanya soalan same byk kali..mane aku x marah??tapi kalo dok merepek dgn ko mmg best..bagus jgak otak ko ni x brape nak soleh,sbb bole merepek menda2 yg mmg x tercapai akalmu..hahaha..tapi ko caye atau x bal,antara byk2 kwn2 kat perak tuh,ko yang ke-2 aku paling sayang lepas "adik" aku ayen..walaupon ko kdg2 mnyakitkan hati..tapi bersahabat ni x manis kalo xde gaduh2..kan??aku mmg harap sangat degree nanti kita dok sama2 lagi..bole jgak aku lepas tension kat ko..hahaha..

Then Ayen,adik angkat aku nih..walaupon beza brape bulan je.tapi mak aku ah naikkan pangkat dia sbg anaknya..haaa..bkn sng tau ayen..antara penerima2 darjah kebesaran tu Kamal,lan dgn ko je tau..haa..tepuk skeett..mamat ni sejak 1st sem lagi dah dok dgn aku..dia mmg sgt byk membantu aku kalo time2 nak lukis figure2 nih..mamat ni kalo wat keje dia dok senyaaap je dalam bilik..dok intai2 tgh wat sketch..sketch dia ni mmg kemas n idea mmg bgus..dia mmg guna kpakaran dia mlukis utk work dia..sbb tu encik shahril aku x penah tgk marah Ayen nih..sbb mmg dia rajin..abih2 tensen dia mengadap PSP kjap..kadang2 memekak dgn gitar dia..nak je aku simbah dgn air basuh baju Salad..hahaha..hasilnya,dapat jugak ko dekan last sem ni kan ayen..aku jugak yg x merasa..tapi mmg dia la pling byk skali tlg aku..cuma kadang2 aku sakit ati dgn mamat ni sbb xnak makan..aih?membe xnak makan pon marah??aku kadang2 paham la mamat ni sesak duit..tu pasal slalu xnak makan..yg aku geram aku nak blanje pon xnak..segan kononnya..Wey ayen,dengan aku ni x payah la ko nak segan2..aku lempang kang..haaaaa..ko tu da mcm adik bradik aku dah..apa2 nak mntak tlg ckp je..ni segan2..sepak kang baru rasa..haahaha..mamat ni pon slalu jgak jadi mangsa amarah aku..(aku ni keje mmg maraaaahh jee..isk2..)ye la,kadang2 geram mamat ni slalu lupa..lupa kunci umah la,lupa itu la ini laa..haih..nak kata makan semut tak..tapi ape2 pon tahniah sbb ko dok ranking no.1 kwn2 pling aku syg kat perak.. :)

tapi si Lan (hazran bukan nama sebenar) pon bole tahan jgak..dia ni sejak sem 3 je baru kenal dgn aku sbb dia bru msuk dari uitm Kelantan..tapi mamat ni mmg klakar..dgn bdn mcm dah tggal rangkanya,muka selamba,mata lebam..kalo org x kenal mamat ni,kalo time dia buka cemin mata mmg org ingat mat ganja..hahahaha..sory lan..tapi dia ni clean ok..bagus punya budak..dlm rmai2 membe2 laki,dia ni a yang aku x penah marah..mamat ni mase ujung2 sem 6 byk lepak umah aku..dlm kol 1 dia bangun tido,pastu buat2 sketch sket pastu ilang dengan kancil dia g makan..pastu lepas maghrib ajak aku makan..then balik2 menghadap laptop kjap pastu ilang lah dia dibuai mimpi..yang xleh blanya mamat ni,dia suka tido dekat ceruk2..kadang tu dok rapat ke dinding..yang xleh blanya skali tu penah kpale dia da nak sampai dlm tandas dah..hahahaha..mcm mana aku x ckp dia ni mcm mat ganja??lagi satu mamat ni mmg mat indon punya budak la..dok uuuulang lagu indon kat lappy dia tuh..smpai dgn aku2 dah terjebak dgn lagu indon ni..tapi,pecaya atau x,walaupon mamat ni baru aku kenal sbelum membe2 yg len,dgn dia sorang je kt antara mmbe2 laki kat perak ni yang aku byk kongsi crita2 pribadi..coz he is a very good listener..korang jgn maen,mamat ni nmpak je cmni,tapi awek skali pasang 3 4..haa..Lan ni awal2 sem dulu dia mcm hanyut sket bab major dia..pastu da tgh2 dia lepak2 kt umah aku baru la rajin..tapi dia ni mmg antara yg paling byk skali aku terhutang budi..terutamanya bab2 pnjam keta,tlg hantar2,amik aku kat stesen bas n mcm2 lagi la..thanx a lot la lan oi..peduli apa orang habaq kat hang,janji aku ni ada kat sisi hang..haha..aku kenal hang ni mcm mana..walaupon hang ni kadang2 loqlaq jgak tapi aku ttp syg hang no..hang nanti dah kawen hang jgn lupa aku no..hehehe.. :)

Si amoy,budak pompuan paling gedik manja skali la dlm kalangan sahabat2 aku..hahaha..kalo dok lepak dgn dia ni mmg letih laa..dok geeelak je..walaupon kadang2 dia wat lawak x jadi n dia sorang je gelak..itu yang jadi lawak kat kitaorg plak..dia ni lbih dikenali sbg dr love..haaa..jgn memain..bab2 cintan cintun ni serah je kat dia..kalo jawatan kerajaan ada yg untuk slesaikan msalah cinta ni bagi je kat dia..dia ni mula2 snyap je sorang2..pstu aku dgn ayen laa yg mula2 tegur dia dlm kelas..xde kawan katanya,pastu aku dgn ayen pon basuh la dia..(slamber je basuh orang baru kenal..hahaha)pastu baru la dia rapat dgn bdk2 pompuan..sbb tu la antara kwn2 pmpuan ni aku paling rapat n mesra dgn dia..walaupon dia lahir awal dari aku,tapi aku anggap dia mcm adik aku plak..hahaha..aku ni kira abg long la dlm ramai2 tu..dia ni pon byk jasa tlg aku slesaikan masalah2 hati nih..cewaahh..hahaha..thanx a lot la moy..aku doakan ko berjaya dalam idup.. :D

si wan plak aku kenal dari part 1 jgak..1 kelas..dia ni masa part1 kerek sehh..mane nak kawan dgn aku yang skema ni..dia kwn dgn bdk hot2 jee..kekwat..hahaha..start part 2 baru la dia rapat sket dgn aku..byk jgak la aku kongsi dgn dia ni..tapi kalo bab keje mmg cerewet minah ni..nak je aku tampa2 muka tuh..hahaha..pastu asyik gaaadoh je dgn pakwe..yg xleh blahnye pakwe dia jeles dgn aku..hahaha..ape kes??tapi dia ni pon byk sgt tolong aku..dgn dia la 1st time aku pnjam duit dgn pmpuan..dia ni mmg x berkira punya orang..tapi yg bestnya dia ni,mulut tu x berenti pok pek pok pek..kadang2 aku pon x paham menda dia crita...tapi layan je laa..kang mrajuk plak..hahaha..penah la skali aku x tegur dgn dia..x pasal2 nak marah aku..lempang kang..hahaha..tapi cmne2 pon baik jgak..tapi mmg syok kalo usik dia ni..mulut tu mmg xleh nak cover..hahaha..sbb tu la iqbal syg kat bini dia ni..hahahah!!mampos aku kalo pakwe dia baca ni..gurau2 je wan..hehehe..anyway thanx a lot la wan..ko byk tlg aku..smoga ko dapat kebahagiaan.. :)

sepanjang 4 sem aku blaja dgn encik shahril..hahaha..lecturer yg paling femes,sempoi gebu n kurus skali kat UiTM..hahaha..3 sem aku blaja dgn dia mmg x penah dapat A..even aku rapat dgn dia,tapi dia mmg professional..xde pilih2 kasih..aku rapat pon bkn sbb nak bodek markah ke apa..tapi sbb dia mmg sporting n mmg layan..jiwa muda org cakap even umur da dekat 30..hahaha..tapi byk menda la yang boleh dikongsi dengan encik ni..dia cakap "saya x kesah,time kat lua kita bole jadi kawan2,time keje kita keje.."yeah..mmg pon..dia mmg lecturer yg paling rapat la dgn kitaorg sampai ada la yg dengki2 cakap kitaorg ni dok kipas2..hahaha..sory la derr..x penah terniat pon mcam tu k..buktinya,aku penah jgak kena halau kelas dgn dia sbb x siap sketch..hahaha..merasa laa..aku x tekejut pon sbb aku tau kalo bab keje mmg serius..xde bodek2..tapi encik ni kalo time review mmg kekwat..hahaha..masuk2 kelas buat muka ganas skeett,pastu cakap pon kerek2 je..hahaha..psycho laa..work aku pon ade je kena koyak..yg the best dlm kelas pon kena koyaak..tapi mmg aku respek la kat dia..knowledge dia ttg grafik mmg mantop..tanya je apa2,dia petik mcm tuu jee..n time dia mengajar mmg dia kongsi abis2..aku suka tgk dia mengajar sbb mmg tersusun..kira senang nak follow..tapi mmg letih sket laaa nak proceed dgn encik nii..tapi hasilnya mmg tip top..kalo x,xkan la aku merasa A dgn dia last sem ni..hahaha..giler,mcm x caye aku dapat A- dgn dia sbb mmg diakui oleh pakar2 pergigian seluruh dunia encik ni mmg kedekut markah..hahaha..akhirnya dapat jugak A dgn dia..hehehe..thanx a lot la encik..mmg encik byk la bgi dorongan kat saya n sume student untuk majukan diri..kalo saya berjaya mmg saya x lupa la encik..kita pegi nandos la nanti..hahaha..

tapi,antara ramai2 org yang tolong aku utk fina year ni,ada sorang yang mmg byk sgt berkorban utk aku..sape lagi kalo bukan mak aku..sejak aboh da xde,mak mmg sungguh2 jalankan tanggungjawab dia kat aku..boleh aku cakap 40% utk final ni mmg byk bergantung pada mak aku dari segi kewangan,tlg buat mockup,bagi smangat,nasihat n macam2 lagi..Mak aku dah letak level yang sangat tinggi untuk aku balas jasa beliau..mmg xkan terbalas la jasa ibu ni sampai aku mati..mak,kalo naim berjaya,tu sume sebab mak n aboh..naim dah dapat mak n aboh yang terbaik skali kat dunia ni..cuma naim kadang2 x pandai nak tnjuk sayang naim kat mak aboh..Naim mintak ampun banyak2 atas sgala salah silap naim..n naim ucap terima kasih banyak2 sebab mak ngan aboh dah didik naim dgn baik..naim janji xkan hampakan mak dgn aboh..I Love U MOM!!

Arwah ayah aku mmg sangat besar jasanya kat aku..daripada aku tadika,skolah rendah,skolah mnengah n sampai lah abis U ni..even Aboh dah pergi skalipun,dia tetap tggalkan bekalan2 utk kitaorg teruskan hidup..sangat2 terkilan aku x dapat peluk n cium aboh lagi..n aku x dapt balas jasa dia yg sangat besar..he is da best father n also my bestfriend i ever had..betol..hubungan aku dgn aboh sgt2 rapat..maybe sbb aku satu2nya anak laki dia..then korang boleh paham sendiri mcm mana x tentu halanya hidup aku bila kehilangan dia..tapi Alhamdulillah aku dapat trima dengan baik..life must go on..no matter what..Aboh,terima kasih banyak2..Semua doa2 naim sentiasa untuk Aboh..I Love U sooo Much Dad..

hurmm..rasanya entry kali ni da mcm lari sket dari awalannya..hahaha..tapi ini salah satu cara aku nak luahkan kegembiraan n terima kasih aku pada ramai orang..pada pihak Pahang F.A n TGC pon nak ucap trima kasih jgak sbb byk tlg aku utk final projek ni..terima kasih banyak2 kat sume kawan2 yang ada yg x disebut tu..jgn terasa,nak tulis satu2 letih beb..tapi apa2 pon memori aku dgn korang xkan terpadam..jasa2 korang aku ingat sampai mati..n orang2 yang dah banyak tolong aku dari sem 1 sampai la sem 6 aku ucapkan terima kasih banyak2..x tahu la cmne nak balas jasa korang..senang nanti korang dtg kuantan la..aku blanje..hehehe..Aku harap degree nanti kita akan sama2 lagi..sbb x puas lagi dengan korang..thanx jgak pada sume lecturer2 uitm perak grafik trutamanya sbb banyak berkongsi ilmu dan pengalaman utk mendidik sya daripada kosong sampai la menjadi manusia..Allah je yang dapat balas jasa anda..

thats all guys,kalau ada apa2 tersalah cakap or tulis kat atas tuh,aku mintak maaf k..gurau2 jee..jangan terasa tau..i'll see u later..bye..love u soo much.. :)



Saturday, December 4, 2010

Waiting for the end...

Assalamualaikum...
Guys,lagu ni maybe sume org da penah dengar..tapi bagi aku,baru ni betol2 dpt dengar dgn teliti..dah lama betol aku x dgr linkin park ni..penah 1 tahap aku bosan dgr lagu2 bru diaorang yg lepas..tapi yg baru ni,aku rasa mcm "They are back!!"...
walaupon x ganas sgt mcm album2 1st diaorang,tapi konsep bru diaorang ni mmg aku suka..n lagu ni la yg terbaik skali aku rasa..sbb lirik2 dia pon cambesst je..mcm kena2 dgn aku sikit..sikit laa..hehe..try la dengar,nyanyi skali n hayati.. :)

p/s:kalo korang rajin,x penah tgk video klip lagu ni,try la cari kt youtube..sebab ianya mmg SUPERBB GILA BABII!!4 thumbs up..!!(temasuk ibu jari kaki..hehe)

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violent rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
That's invisible there,
'Cause we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear.

Waiting for the end to come
Wishing I had strength to stand
This is not what I had planned
It's out of my control....

Flying at the speed of light
Thoughts were spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go...

(Oh!) I know what it takes to move on,
I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last,
I wish it wasn't so...

(Oh!) I know what it takes to move on,
I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

What was left when that fire was gone?
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it's like moving on
And i don't even know what kind of things I've said
My mouth kept moving and my mind went dead
So, picking up the pieces, now where to begin?
The hardest part of ending Is starting again!!

All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what i haven't got...

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violet rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em

(I'm holding on to what i haven't got)

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
That's invisible there,
'Cause we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear

(Holding on to what i haven't got!)