Tuesday, September 2, 2014

Jem

Assalamualaikum!
Apa kabor blaker? Sihat? Alhamdulillah abang sihat..

1- Siapa kat sini x pernah rasa duduk dalam jem? Tak penah? Bohong..

2- Manusia kat Malaysia ni dah merasa jem seawal seminit selepas lahir..tu kalau tiba2 dia diberanakkan masa jem dalam kete lah..

3- Semua orang terfikir2...yang dok jem hari2 ni amenda puncanya?

4- Korang mesti pernah alami jem yang panjanggggggģ gilaa..then lepas sejam dua, ko melepasi jem tu dengan tak nampak langsung apa puncanya..

5- Dialog biasa... "aduii..eksiden la ni.." "Roadblock2! Pakai seatbelt woi!"

6- Then ko roadblock ke mana, eksiden ke mana..FISH gila rasa kan?

7- Sejak dua menjak ni aku banyak duk atas jalan..memandu..bukan duduk atas jalan..

8- So banyak kali jugak la aku sangkut dalam jem..dia bila jem ni kan, rasa FISH gila bila nak2 ko drive sorang2, radio kete rosak..mesti masa tu ko akan mencarut sorang2 dalam keter..mcm aku la..abis ayat mencarut keluar..

9- Ko takkan jadi mcm tu kalau ada org lain dlm kete..nak2 awek..hehehe

10- So, sepanjang aku sangkut dalam jem akhir2 ni, boleh kata 9/10 jem tu aku x jumpa punca..sumpah sakit hati bhai..

11- Lama2 menda ni dah jadi subjek kajian akal aku plak..apa punca jem yang tak nampak punca ni? Dan aku rasa aku hampir menemui jawapannya..xtau lah kalau orang lain dah tau, aku baru tau..tapi aku rasa semua orang patut tahu pasal puncanya ni..

12- Sebab semua orang perlu tahu adalah kerana menjadi tanggungjawab masing2 untuk buat sesuatu andai ditakdirkan ko duduk di hadapan punca jem misteri utk orang2 kat blakangg sana..

13- Aku syak semua jem2 yang xde jawapan tu berlaku kerana adanya pemandu2 yang bangang, dah tau bawak slow tapi duduk lane kanan..

14- Imagine, bangang ni duk kanan, lane tengah ada lori, lane kiri ada lori..yang bangang ni nak potong lori speed 30km/j...

15- Aku berani cakap camni, sebab aku penah duduk blakang kete mcm ni bhai..bawak mercedese, tapi otak x bawak..aku nak hon,kete aku hon rosak plak...bagi spotlight dia buat bodo..fuhh..menyirapp..kat blakang dah beratur panjang dah keter..

16- So menjadi tanggungjawab kita semua kalau nasib duduk kat blakang driver bangang mcam ni, kalau hon kete korang x rosak, hon la sampai dia ketepi..sluh spotlight sampai dia eksiden..haa..jahat plak aku rasa..

17- Kalau korang ada dalam ketegori driver bangang ni, tolongla..blajar undang2 jalanraya duk lane mana kalau nak slow...paling penting blajar mcm mana xnak menyusahkan hidup org lain n bagi org mencarut2 kat blakang..

"Kecik-kecik tak nak mampus, bila besar menyusahkan orang.." - Director Ahmad

Gambar mercedese ni adalah gambar sebenar citer yg abg cakap tu..yang Saga FL tu sekadar gambar hiasan..