Friday, August 22, 2014

Birthday Berkabung

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Alhamdulillah abang sihatt..

1- Alhamdulillah genap 25 tahun Allah turunkan aku ke muka bumi ini..

2- 25 tahun yang penuh dengan suka duka..merasa asam garam hidup sebagai manusia..Alhamdulillah masih tabah sehingga hari ini..

3- Tahun ni aku x bajet akan dapat sambut birthday dengan kawan2 n buah hati..sebab masing2 dah duduk jauh..

4- So hari ini plannya nak balik la kuantan untuk sambut dengan keluarga..

5- Tapi Allah anugerahkan aku dengan sahabat yang baik, Kamal yang plan surprise party malam semalam..semua perbelanjaan ditanggung beliau berkat rezeki lebih..

6- Sahabat aku jugak senyap2 import buah hati aku dari Kuala Pilah untuk sama2 dengan aku malam semalam..

7- Sumpah aku terharu..sebab aku berada dalam saat yg agak sukar masa ni..di mana aku diberhentikan kerja, jauh dari keluarga, jauh dr rakan2 susah senang dulu...

8- Seriously, masa sampai kat tempat kejadian pun aku mmg x expect langsung makanan banyak2 tu untuk sambut birthday aku..sebab aku pun macam dah terlupa hari esoknya (harini) adalah birthday aku..hahaha..

9- BAM! Buah hati keluar entah dari mana bawak kek..sumpah aku terpaku..terkejut gila..serius ni x berlakon propa punya..

10- Aku x pandai nak bermadah hemah ni..tapi seriously, terima kasih banyak2 pada sahabat2 aku and yg tersayang sebab kalian membuatkan aku rasa x keseorangan kembali..

11- I love you guys..

12- Hari ni, jenazah2 dan mayat2 mangsa #MH17 tiba ke tanah air..

13- Sebulan yang lalu, mereka semua x sabar untuk menjejakkan kaki ke tanah air mereka..untuk balik ke rumah, memeluk cium ahli2 keluarga mereka..

14- Ada yang sudah bertahun2 x bertemu dgn keluarga masing2..

15 - Sebulan mereka memulakan perjalanan..akhirnya, hari ini mereka sampai juga ke rumah ke pangkuan keluarga mereka...namun berada di alam yang lain..

16- Ini semua ketentuan Allah..tabahlah menghadapi

17- Kepada makhluk2 yg mempertikai majlis istiadat pada hari ini..mungkin ada benar point yg anda berikan..tapi pernah x fikir sekejap untuk hormat..tanpa provokasi, tanpa mencetuskan pertelingkahan di alam maya..

18- Aku rasa, kalau rasa diri dah kompom syurga, dah betul serba serbi, berani, pergila ke majlis tu dan halang dari ianya berlaku..rasanya seorang yg jihad dan "Islam hadhari" seperti anda mesti berani n sanggup untuk buat mcm tu..barulah true pejuang..

19- Pilihan yang terakhir kalian ada hanyalah diam dan sedekahkanlah Al- Fatihah..

20- Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment