Friday, August 22, 2014

Birthday Berkabung

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Alhamdulillah abang sihatt..

1- Alhamdulillah genap 25 tahun Allah turunkan aku ke muka bumi ini..

2- 25 tahun yang penuh dengan suka duka..merasa asam garam hidup sebagai manusia..Alhamdulillah masih tabah sehingga hari ini..

3- Tahun ni aku x bajet akan dapat sambut birthday dengan kawan2 n buah hati..sebab masing2 dah duduk jauh..

4- So hari ini plannya nak balik la kuantan untuk sambut dengan keluarga..

5- Tapi Allah anugerahkan aku dengan sahabat yang baik, Kamal yang plan surprise party malam semalam..semua perbelanjaan ditanggung beliau berkat rezeki lebih..

6- Sahabat aku jugak senyap2 import buah hati aku dari Kuala Pilah untuk sama2 dengan aku malam semalam..

7- Sumpah aku terharu..sebab aku berada dalam saat yg agak sukar masa ni..di mana aku diberhentikan kerja, jauh dari keluarga, jauh dr rakan2 susah senang dulu...

8- Seriously, masa sampai kat tempat kejadian pun aku mmg x expect langsung makanan banyak2 tu untuk sambut birthday aku..sebab aku pun macam dah terlupa hari esoknya (harini) adalah birthday aku..hahaha..

9- BAM! Buah hati keluar entah dari mana bawak kek..sumpah aku terpaku..terkejut gila..serius ni x berlakon propa punya..

10- Aku x pandai nak bermadah hemah ni..tapi seriously, terima kasih banyak2 pada sahabat2 aku and yg tersayang sebab kalian membuatkan aku rasa x keseorangan kembali..

11- I love you guys..

12- Hari ni, jenazah2 dan mayat2 mangsa #MH17 tiba ke tanah air..

13- Sebulan yang lalu, mereka semua x sabar untuk menjejakkan kaki ke tanah air mereka..untuk balik ke rumah, memeluk cium ahli2 keluarga mereka..

14- Ada yang sudah bertahun2 x bertemu dgn keluarga masing2..

15 - Sebulan mereka memulakan perjalanan..akhirnya, hari ini mereka sampai juga ke rumah ke pangkuan keluarga mereka...namun berada di alam yang lain..

16- Ini semua ketentuan Allah..tabahlah menghadapi

17- Kepada makhluk2 yg mempertikai majlis istiadat pada hari ini..mungkin ada benar point yg anda berikan..tapi pernah x fikir sekejap untuk hormat..tanpa provokasi, tanpa mencetuskan pertelingkahan di alam maya..

18- Aku rasa, kalau rasa diri dah kompom syurga, dah betul serba serbi, berani, pergila ke majlis tu dan halang dari ianya berlaku..rasanya seorang yg jihad dan "Islam hadhari" seperti anda mesti berani n sanggup untuk buat mcm tu..barulah true pejuang..

19- Pilihan yang terakhir kalian ada hanyalah diam dan sedekahkanlah Al- Fatihah..

20- Al-Fatihah...

Wednesday, August 20, 2014

Tenang 2

Assalamualaikum!

1- Alhamdulillah..cepat Allah bagi jawapan kat aku.. baru 2 hari buat istikharah, Dia dah bagi jawapan..

2- Seperti yang sudah dijangka, aku dah bersedia untuk situasi ni..sekarang aku cuma perlu usaha lagi n serahkan pada Allah..

3- Kena semat dalam kepala..rezeki kita Allah yang bagi..bukan manusia..

4- Segala yang berlaku adalah perancangan Dia..kita mintak macam2 benda yang kita rasa terbaik untuk kita..tapi Allah x bagi..maka husnuzon lah dengan Allah..pasti ada rancangan yang lebih baik dah diaturkan untuk kita..

5- Have a great day! ☺

6- Still loving you.. 😙

" Kita mintak permata, tapi Allah bagi batu..kita kena yakin yang batu tu lagi berharga dari permata sebab itu Allah yang bagi..sebab Allah sentiasa bagi yang terbaik untuk hamba-Nya.."

Tenang

Assalamualaikum!

Pekabor? Sihat? Abang okayy..

1- 2 3 hari lepas abg pos entry emo..Alhamdulillah..dapat la sikit kesedaran skrang ni..

2- ada sesuatu berlaku di pejabat aku sehari lepas aku pos entry tu.. perkara tu membuka minda n hati aku..

3 - Ia boleh jadi hari yang buruk / mimpi ngeri bagi aku, atau boleh menjadi hari yg membuka pintu hati aku dan petunjuk pada aku untuk mengubah kehidupan aku selama2nya..

4- sekarang hanya prepare for the worst..membuat plan apa nak buat sekiranya sesuatu berlaku..mungkin x lama lagi..hanya berserah kepada Allah.. apa pun tenang..

5- Harus ingat,rezeki kita bukan manusia yg tentukan, tapi tu semua Allah yang bagi..

6- Doakan aku diberi jalan yang terbaik..mungkin ini adalah permulaan kepada sesuatu yang baik untuk aku dan keluarga InsyAllah..

7 - Good Night..i love you all..especially You..yg still x sihat2 tu.. 😙

* Tak tau apa perasaan ini..tapi...tenang..damai.. 😊

"Don't ever love your employer too much..because you will never know when they are going to stop loving you..." - Unknown

Monday, August 18, 2014

Antara Suka & Terpaksa Suka

Assalamualaikum!

So sekarang aku ada alasan baru untuk menulis kat blog ni..Stress..

Apa khabar semua..sihat? Yeah..seronok cakap sorang2..Alhamdulillah abang sihat..

1- aku x ingat last aku update blog ni,aku kat mana..maksud aku tempat kerja.. nak refer balik pun malas..so biar lah..

2- sekarang aku berada di company ke - 2 untuk aku berkhidmat dalam hidup aku selepas Healwell..

3- Kalau dulu jawatan aku kat healwell adalah Brand & Product Assistants (graphic designer jugak sbenarnya) , kat sini jawatan aku adalah Graphic Designer..

4- Alhamdulillah, pendapatan bulanan naiklah sikit..boleh la menabung duit kawin lebih sikit..xdela boleh jadi jutawan dalam 30 tahun..tapi syukurlah..rezeki Allah bagi skrang ni...

5- Bagi seorang graphic designer, kalau x jumpa client yg datangnya dari "neraka" ( client from hell) , memang x sah la kan..well..asam garam dunia grafik..

6- Apa2 pun syukurlah, officemate kat sini lebih cepat aku suaikan diri, jumpa orang baru yang memberi ilmu baru..u know..getting better orang qatar cakap..terima kasih berbanyak2 pada kawan2 yang tlg aku masuk kat sini..

7- Tugas aku kat sini mencabar sikit dr dulu..sebab kat sini aku dah mula bekerja dgn client yg berbeza..dulu keje in house je..so agak bosan sikit..kat sini memang skill grafik tu akan bertambah la..memang mcm apa yg aku nak dulu..

8- Keje pun dah makin banyak..mcm yg aku nak dulu masa duk kat healwell keje x banyak smpai kadang2 rasa bersalah mcm makan gaji buta..

9- Tapi..aku xtaulah..makin lama aku makin x happy..bukan sebab kerja baru,orang baru, kerja bertimbun, stress dgn client etc..tapi aku rasa mcam dah jarang dapat menikmati hidup...

10- imagine this.. pagi bangun pergi keje..1 hari buat design..bila stress lepak dgn officemate cerita pasal mcam2 cara nak cari duit..dari citer freelance, ke forex sampailah ke emas..

11- Then jam 5.30 balik keje..sampai umah dalam pukul 6..lepas tu bukak pc..kadang2 makan smbil tgk movie gitu2..then tibalah malam hari..hadap lagi pc tu sambil2 reply msg customer, msg buah hati, borak lagi dlm group watsapp pasal emas tadi dan sbagainya lah..

12- then mata pun dah mengantuk aku pun tido..esok ulang lagi sampai lah hari jumaat..

13- orang rasa hari cuti tu heaven..tak lagi brader..imagine ni pulak.. bangun dlm kol 9 ( biasanya dah tersedar kol 9pg xleh tido dah) , then hadap pc..kadang2 bangun pagi tgk sekeliling, aku sorang2 diri sebab kawan2 umah keje sabtu..

14- tghari kalau rasa rajin, aku turun lah pegi lunch..naik balik hadap pc lagi..apa benda yg aku dok godek kat pc tu pun xtau lah..sampai lah petang..

15- then malam aku ngantuk, aku tido..same thing hari ahad..then isnin terus ulang yang tadi tu punya cerita..

16- aku tertanya2 pada diri sndiri..ni ke hidup yg aku nak..normal ke hidup aku ni? Kalau normal, kenapa aku x happy?

17- Jangan kata "ko pegi la tgk wayang ke, window shopping ke..."...sebab terus terang aku cakap, kadang2 aku x mampu nak buat menda tu..menda yg aku suka..x mampu..sebab kemampuan aku tu ada benda yg lebih penting utk aku guna..

18- Ya..tu lah yg aku nak tekankan dalam entry aku kali ni..aku dah x banyak buat benda yang aku suka..benda yang buat aku rasa sedang menikmati hidup..walaupun sekadar lepak minum dgn kawan2, borak merapu pun xpe janji aku happy..tapi dah xde..sebab jauh..

19- Then orang cerita2 kat aku cara2 nak ubah kewangan..forex, emas etc..aku kaji..research google habis2 pasal menda2 tu..then aku tau menda tu  betul..cuma risikonya bergantung kepada org yg kita buat tu jujur atau tak..

20- harapan aku, aku dah xnak kerja  bawah orang..aku nak kerja sendiri, buat bisnes sndiri, buat bisnes dgn isteri aku atau kawan2 aku atau sape2lah..asalkan aku dah x makan gaji..

21- Tapi..aku xtau lah..saat aku tgh semangat, orang menakut2kan aku..buat aku x tenang n x brani nak cuba sesuatu yang baru...yg mungkin dpt ubah hidup aku selama2nya..

22- Sumpah..aku tertekan hidup mcm ni..koa sara hidup makin naik, kos nak kawin makin naik, kos itu ini semua makin naik..tapi kewangan aku..

23- Aku ada baca, orang gaji RM4000 ke bawah duduk kt KL ni adalah miskin bandar..abih tu dgn gaji aku ni? Miskin apa? Kedana?

24- Setiap hari aku cuba senyum..positifkan diri sendiri..sorok jelah segala perasaan yg x sedap tu jangan bagi orang nampak..

25- Aku xtau kenapa aku tiba2 jd down mcm ni..maybe sebab sekarang aku kerap duduk sorang2 x berteman..x happy beb..sumpah x happy..

26- Aku suka pantai..sungai, tempat2 sejuk, tgk wayang, main boling etc..tapi aku duduk kat sini, aku x boleh n kadang2 x mampu nak buat smua benda tu..kejadah apa nak lepak sungai kat bandar ni? Nak lepak sungai klang tu? Hari2 boleh jumpa mayat..

27- Aku mampu berdoa je lah..supaya Allah bukak pintu rezeki aku supaya aku boleh kluar dr hidup mcm ni cepat2.. boleh kawin cepat2 at least ada teman..dab x payah nak kerja dgn orang, nak ikut arahan orang, nak ikut kehendak client yg mcm gampang..

28- Jangan risau..aku x bodoh lagi nak bunuh diri sebab depressed mcm robin williams walaupu  dia seorang legend..

29-Apa2 pun skrang ni aku dh boleh tulis blog kat HP..so maybe makin kerap la aku menulis kt sini.. kot..

30- Dah la..esok aku kerja..selamat malam semua..smoga hari2 kita semua akn datang lebih baik dari hari yg lalu.. Assalamualaikum..

31- I love you.. ( ye..awak yg x sihat tu..) sempat plak jiwang..


* Sebenarnya aku x suka jadi graphic designer..habis je degree azam aku  nk keje bidang lain..tapi je yg aku mampu setakat ni..ikut je la jalan ni..sampai bila..x pasti..nak xnak, aku terpaksa suka..

" Buat sesuatu yang kita suka..mesti kita akan happy n lebih nikmati hidup walaupun x kaya.."