Wednesday, April 23, 2014

Dugaan Bertunang

Assalamualaikum !

1 - Apa kabor blaker? sihat?

2 - Dah 2 3 hari aku duk fikir nak tulis artikel baru, tapi tak ada idea..nak merepek pun takde idea..bayangkan..jahanam betul..

3 - Hari ni aku terjumpa orang post satu artikel pasal "Dugaan Bertunang"..

4 - Aku selalu dengar, "Zaman bertunang ni, banyak dugaannya beb..kalau tak tahan boleh putus.."

5 - Aku tak pernah bertunang, apatah lagi menjadi pentunang seorang manusia.

6 - Sejak akhir2 ni, ramai gila kawan2 sama batch aku kat UiTM dulu sama ada diploma atau degree dah bertunang..



7 - So aku curi je la artikel ni ya..aku bagi la credit..alaa..kedekut! Click Sini untuk ke artikel asal..

8 - Let's talk about the topic..Point 9 hingga 19  adalah nukilan penulis asal..copy paste..malas aku nak tulis balik..Aku cuma "Che Det" kan je supaya senang korang nak baca..So kalau ayat "AKU" tu, bukan aku la yang tulis ya..penulis asal..

9 - Orang cakap nak dekat kawin ni makin banyaklah dugaannya.. DARAH MANIS katanya..

10 - YES ! memang aku akui ape yang kawan-kawan dan mereka-mereka semua cakap memang betul. Macam-macam dugaan. Setiap bulan jugalah mesti ade perang dingin. Bukan sebab ada malash ape pun. Tapi.. ntahlah.. tak tau nak cakap. Lepas 2,3 jam ok balik. Nasib baik aku dapat tunang yg sangat-sangat penyabar dan memahami. Selalunya gaduh pasai bila kol x reti nak angkat je pun.. fuhh ! rase macam nak tunggang terbalik dunia..

11 - Kadang-kadang benda kecik jadi besar. Benda besar lagilah bertambah besar. Kesian jugak tengok en tunang layan perangaiku yg ntah ape-ape ni..

12 - Mudah sangat nak terase. Tak cakap kasar pun katanya kita cakap kasar. Tak habis-habis nak merajuk. Akal kata sabar.. sabar.. tapi.. last-last ikut kata hati jugak. Habis sembur semuanya..

13 - Kalau tak jumpa rase nak marah. Sebelum bertunang x jumpa pun x kisah. Kalau boleh tiap minggu nak jumpa. Lepas tu x reply mesej mula la kol bertalu-talu. lepas tu mulalah menangis sebab fikir dia bukan-bukan. Mulalah meroyan sorang-sorang. lepas tu, die dah kol n reply text.. mulalah chill semula.. normal ke semua ni?? 

14 - Salu bila kol tak tahu nak cakap ape. Diam seribu bahasa. Lebih baik x kol dari kol. lebih baik x mesej dari mesej. Hati panas je, ade je salah die yg kita nampak..mulalah rase menyampah. Bila dah rase menyampah mulalah nak putus lah ape lah.. aishh. syaiton !

15 - Terase susah nak kumpul duit. Fikir-fikir gaji bulan ni nak saving lebih sikit. Tup tup tengah bulan ade je benda nak kene keluarkan duit.. terpaksalah hold ke bulan seterusnya..

16 - Bila dah bergaduh duk meroyan sensorang..mulalah fikir ' Betul ke dia ni pilihan aku yang tepat? ' 'Selamat ke? bahagia ke aku lepas kahwin?' Hati kena tetap kawan ! hasutan syaitoon yg di rejam semua tu. Kuatkan hatimu, jangan terpedaya dengan hasutan syaiton. Tiang masjid baru saje nak terpacak dah ri robohkan semula. Bertepuk tamparlah syaiton durjana semuanya...

17 - Mulalah ade godaan orang ketiga..pas tu, ex lama datang semula lah.. itulah inilah..

18 - Time tengah bertunang ni pulak lah jadi macam-macam hal. Kene transfer tempat kerjalah, moto hilanglah, kereta accidentlah..mcm-mcm hal.. sabar...

19 - dann.. tidak semua manusia atas muka bumi ni tahan dengan semua ni.. ingat yang indah-indah je.. jangan fikir yang bukan-bukan ye.

20 - So kepada kawan2 aku yang dah bertunang dan yang membaca artikel ni (Kalau ada) , betul ke?

21 - Kalau tanya aku, "Turn ko bila plak?" , Ketahuilah, jawapannya aku sedang usahakan secepat mungkin..hehehe..paling awal hujung 2014, paling lewat maybe..InsyAllah ya InsyAllah.. sebelum pertengahan 2015..Amiin..ko tadah tangan aminkan sekarang!

22 - Kalau ko ingat aku x jeles tgk kawan2 aku dah bertunang and ada yang dah beranak pinak, ko silap..aku jeles..dah..senyap!

23 - Mungkin belum rezeki hamba..alaa..rileks laa..sampai masa, sampai la kan..rilekk..sabarr.. :)

24 - Kawan2 yang seperjuangan dengan hamba pun, rilekss..masa kita kan tiba..hahaha..

25 - Kepada rakan2 yang dah bertunang n yang dah pun berkahwin, aku ucapkan Tahniah and semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan disambung sehingga ke Syurga..

26 - Kalau nak doakan pengantin, jangan doakan bahagia ke anak cucu je..nanti kang sampai ada anak cucu je dah becerai..kan? Doakan bahagia hingga ke akhir hayat .. :)

27 -  Pada kawan2 yang dah bertunang jugak, tadahlah tangan sambil baca dan aminkan doa ini..tadah tangan and baca sepenuh hati tau! Stakat taip "AMIN" je tak kira berdoa lagi.. :)


Ya Allah Ya Tuhan kami..
Kami memohon perlindunganMU..
dari gangguan syaitan dan iblis
dari perasaan benci dan syak wasangka
dari khianat dan hasad dengki manusia
Kami memohon pelihara dariMU Ya Allah..
agar hubungan ini
kekal bahagia
hingga ke syurga..

Ameen..

28 - Jumpa lagi.. Love You guys so much..Especially "YOU".. ;)



"The best love is the kind that awakens the soul; that makes us reach for more, that plants the fire in our hearts and brings peace to our minds. That’s what I hope to give you forever." – The Notebook


No comments:

Post a Comment