Wednesday, April 23, 2014

Dugaan Bertunang

Assalamualaikum !

1 - Apa kabor blaker? sihat?

2 - Dah 2 3 hari aku duk fikir nak tulis artikel baru, tapi tak ada idea..nak merepek pun takde idea..bayangkan..jahanam betul..

3 - Hari ni aku terjumpa orang post satu artikel pasal "Dugaan Bertunang"..

4 - Aku selalu dengar, "Zaman bertunang ni, banyak dugaannya beb..kalau tak tahan boleh putus.."

5 - Aku tak pernah bertunang, apatah lagi menjadi pentunang seorang manusia.

6 - Sejak akhir2 ni, ramai gila kawan2 sama batch aku kat UiTM dulu sama ada diploma atau degree dah bertunang..



7 - So aku curi je la artikel ni ya..aku bagi la credit..alaa..kedekut! Click Sini untuk ke artikel asal..

8 - Let's talk about the topic..Point 9 hingga 19  adalah nukilan penulis asal..copy paste..malas aku nak tulis balik..Aku cuma "Che Det" kan je supaya senang korang nak baca..So kalau ayat "AKU" tu, bukan aku la yang tulis ya..penulis asal..

9 - Orang cakap nak dekat kawin ni makin banyaklah dugaannya.. DARAH MANIS katanya..

10 - YES ! memang aku akui ape yang kawan-kawan dan mereka-mereka semua cakap memang betul. Macam-macam dugaan. Setiap bulan jugalah mesti ade perang dingin. Bukan sebab ada malash ape pun. Tapi.. ntahlah.. tak tau nak cakap. Lepas 2,3 jam ok balik. Nasib baik aku dapat tunang yg sangat-sangat penyabar dan memahami. Selalunya gaduh pasai bila kol x reti nak angkat je pun.. fuhh ! rase macam nak tunggang terbalik dunia..

11 - Kadang-kadang benda kecik jadi besar. Benda besar lagilah bertambah besar. Kesian jugak tengok en tunang layan perangaiku yg ntah ape-ape ni..

12 - Mudah sangat nak terase. Tak cakap kasar pun katanya kita cakap kasar. Tak habis-habis nak merajuk. Akal kata sabar.. sabar.. tapi.. last-last ikut kata hati jugak. Habis sembur semuanya..

13 - Kalau tak jumpa rase nak marah. Sebelum bertunang x jumpa pun x kisah. Kalau boleh tiap minggu nak jumpa. Lepas tu x reply mesej mula la kol bertalu-talu. lepas tu mulalah menangis sebab fikir dia bukan-bukan. Mulalah meroyan sorang-sorang. lepas tu, die dah kol n reply text.. mulalah chill semula.. normal ke semua ni?? 

14 - Salu bila kol tak tahu nak cakap ape. Diam seribu bahasa. Lebih baik x kol dari kol. lebih baik x mesej dari mesej. Hati panas je, ade je salah die yg kita nampak..mulalah rase menyampah. Bila dah rase menyampah mulalah nak putus lah ape lah.. aishh. syaiton !

15 - Terase susah nak kumpul duit. Fikir-fikir gaji bulan ni nak saving lebih sikit. Tup tup tengah bulan ade je benda nak kene keluarkan duit.. terpaksalah hold ke bulan seterusnya..

16 - Bila dah bergaduh duk meroyan sensorang..mulalah fikir ' Betul ke dia ni pilihan aku yang tepat? ' 'Selamat ke? bahagia ke aku lepas kahwin?' Hati kena tetap kawan ! hasutan syaitoon yg di rejam semua tu. Kuatkan hatimu, jangan terpedaya dengan hasutan syaiton. Tiang masjid baru saje nak terpacak dah ri robohkan semula. Bertepuk tamparlah syaiton durjana semuanya...

17 - Mulalah ade godaan orang ketiga..pas tu, ex lama datang semula lah.. itulah inilah..

18 - Time tengah bertunang ni pulak lah jadi macam-macam hal. Kene transfer tempat kerjalah, moto hilanglah, kereta accidentlah..mcm-mcm hal.. sabar...

19 - dann.. tidak semua manusia atas muka bumi ni tahan dengan semua ni.. ingat yang indah-indah je.. jangan fikir yang bukan-bukan ye.

20 - So kepada kawan2 aku yang dah bertunang dan yang membaca artikel ni (Kalau ada) , betul ke?

21 - Kalau tanya aku, "Turn ko bila plak?" , Ketahuilah, jawapannya aku sedang usahakan secepat mungkin..hehehe..paling awal hujung 2014, paling lewat maybe..InsyAllah ya InsyAllah.. sebelum pertengahan 2015..Amiin..ko tadah tangan aminkan sekarang!

22 - Kalau ko ingat aku x jeles tgk kawan2 aku dah bertunang and ada yang dah beranak pinak, ko silap..aku jeles..dah..senyap!

23 - Mungkin belum rezeki hamba..alaa..rileks laa..sampai masa, sampai la kan..rilekk..sabarr.. :)

24 - Kawan2 yang seperjuangan dengan hamba pun, rilekss..masa kita kan tiba..hahaha..

25 - Kepada rakan2 yang dah bertunang n yang dah pun berkahwin, aku ucapkan Tahniah and semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan disambung sehingga ke Syurga..

26 - Kalau nak doakan pengantin, jangan doakan bahagia ke anak cucu je..nanti kang sampai ada anak cucu je dah becerai..kan? Doakan bahagia hingga ke akhir hayat .. :)

27 -  Pada kawan2 yang dah bertunang jugak, tadahlah tangan sambil baca dan aminkan doa ini..tadah tangan and baca sepenuh hati tau! Stakat taip "AMIN" je tak kira berdoa lagi.. :)


Ya Allah Ya Tuhan kami..
Kami memohon perlindunganMU..
dari gangguan syaitan dan iblis
dari perasaan benci dan syak wasangka
dari khianat dan hasad dengki manusia
Kami memohon pelihara dariMU Ya Allah..
agar hubungan ini
kekal bahagia
hingga ke syurga..

Ameen..

28 - Jumpa lagi.. Love You guys so much..Especially "YOU".. ;)



"The best love is the kind that awakens the soul; that makes us reach for more, that plants the fire in our hearts and brings peace to our minds. That’s what I hope to give you forever." – The Notebook


Monday, April 14, 2014

New Stage

Assalamualaikum !

1. Last post aku adalah 3 April 2013. Sudah 1 tahun 11 hari dari kali terakhir aku menulis kat sini. 1-11..ada unsur2 illuminati kat situ..

2. Well, untuk pendekkan sikit cerita, aku bagi point antara benda2 penting yang dah berlaku sepanjang 376 hari ni :

- Konvo degree.
- Menganggur lagi.
- Mulakan bisnes baru.
- 1st time mengundi.
- On Date.
- Clash.
- Dapat kerja kat House of Healin (Gamogen..produk trademark company ni bagi sape yang x penah dengar)
- Duduk serumah dengan Kamal n lan kat S.alam dengan 2 orang lagi.. what a dream for us..hahaha!!
- Kenal "orang" baru.
- Dapat gaji.
- Habis gaji.
- Raya
- Mula rapat dengan "orang" baru.
- Kumpul jersi.
- Jumpa family "orang" baru.
- On date.
- Kerja bosan.
- Mula fikir nak kawin.
- Dah mula simpan duit nak kawin.
- Pahang menang Piala Malaysia 2013
- Angau.
- Melancong dengan keluarga ke Langkawi. Syok..dah lama gila x pegi family vacation!
- Kuantan banjir. Sejarah 1st time rumah masuk air.
- Gila bayang
- Pegi Gym. Bayar RM60 sebulan,peginya 7 hari je. Turun la 3 4kg..jahanam..
- Start cari kerja baru yang menawarkan peluang lebih bagus.
- Interview. Gagal
- Interview. Senyap tiada jawapan.
- Kamal dan Lan tinggalkan aku bertiga terkontang kanting di Shah Alam lepas Kamal dapat keje baru kat KL dan Lan balik Kuantan..Cilaker..mahal ko tau tak menyewa 3 orang kat umah ni!
- Dah mula pandai pakai seluar khakis.
- Interview. Senyap lagi.
- Dah pandai buat rambut Pompadour..hensem nak mampus.
- Interview. Nampak harapan sikit.
- Puihh..xde jawapan jugak.
- Bisnes semakin baik Alhamdulillah.
- Semakin sayang.
- Interview. Berjaya Alhamdulillah.

3. Saat aku menulis ni, lebih kurang 2 minggu je lagi sebelum masuk tempat kerja baru,yang menawarkan bayaran yang lebih baik dan setimpal lah bagi aku sebagai degree holder yang x seberapa ni.

4. Alhamdulillah, doa aku, mak, kakak2 dan yang "disayangi" pada aku dah mula termakbul sikit2..Aku x tahu apa yang Allah dah rancang untuk aku,tapi yang aku tahu mesti itu yang terbaik untuk aku.

5.Apa yang pasti, kerja kat tempat baru ni mesti lebih mencabar daripada kerja aku sekarang. Kerja aku sekarang ni best..bukannya tak best. Ofis besar, Head Department baik, officemates baik, meja selesa, tandas aircond, Milo banyak kat pantry n macam2 lagi lah!

6. Cuma aku tak rasa aku bole kerja lama2 macam ni kalau aku nak kembangkan skill aku. Satu perkara yang korang kena tahu pasal in house designer ni, kerjanya bosan n terperangkap dengan benda yang sama berulang2 kali. Apa2 pun, pengalaman kerja selama 10 bulan ni insyAllah akan aku perbaiki di tempat baru.. Jasa, ilmu dan pengalaman dari sini takkan aku lupa..thank you so much sebab terima aku sebagai fresh graduate yang belum kenal dunia..

7. InsyAllah aku rasa tempat kerja baru nanti lebih banyak aku boleh belajar memandangkan kat situ ramai geng2 blajar aku dari perak and shah alam ni. Dan satu perkara yang pasti, hidup aku mungkin akan bertambah2 sibuk kat sini. Tapi takpelaaa...bagi aku, masa muda,bujang ni lah aku nak keje camni pun..Kalau boleh, dah kawin nanti, xnakla aku keje kluar pagi balik tgh malam,sabtu ahad jarang2 kat rumah..kesiannn orang rumah..hehehe

8. Sebut pasal orang rumah..hehehe..well, aku xdelah nak kembang dada sangat, tapi setakat ni Alhamdulillah, aku dah jumpa orang baru yang jauh lebih baik dari yang pernah aku dapat or gilakan dulu. Yang paling penting, dia betul2 sayang aku dan menjadikan secara rasminya aku pun betul2 sayang dia... Cuma aku x sangka lah,ada orang ushar aku dari zaman Diploma aku dulu..hahahaha!!!

9. Cuma belumlah jadi "Orang rumah" lagi..dalam plan lahh..hahaha..tak pernah aku sangka pelan hidup aku yang dirancang boleh berubah dalam sekelip mata. Kalau dulunya plan aku nak berumahtangga adalah pada umur 30 paling awal pun. Tapi sekarang, kalau sekarang mampu,sekarang jugak aku dah kawin..hahaha..elok sebenarnya kawin muda ni..tapi tengok kepada kemampuan dulu lah..ko nak jaga anak orang ni,bukan anak itik..moga2 cepatlah ya.. Amiin.. ko aminkan sekarang..

10. Sekarang matlamat hidup aku dah banyak berubah sama sekali.. Walaupun aku hanya merasa zaman pengangguran selama 3 4 bulan je, tapi dah cukup untuk sedarkan aku,life is not as easy as we think..

11. Tak semua benda yang kita plan tu akan menjadi, tapi semua benda yang terjadi tu adalah Plan Dia yang jauh lebih baik dari plan kita. Selalu kita rasa plan kita tu dah cukup terbaik dah, tapi rupanya ada yang lebih baik dari itu walaupun pada mata kita benda tu adalah sesuatu yang buruk.

12. Saje la nak cerita..Kalau sebelum ni,aku paling malas nak buat 2 3 benda dalam satu masa..contohnya, kalau masa tu aku tengah belajar, jangan harap la aku nak buat benda lain slain dari tu walaupun kadang2 aku belajar pun macam tak belajar..hahaha..

13. Tapi sekarang, Alhamdulillah sejak bisnes kecil2an aku dengan kawan2 aku ni semakin baik, aku dah tak kesah nak buat 2 3 benda skaligus,asalkan ada pulangan..Kadang2 kerja aku dengan partner aku ni walaupun masing2 kerja 5 hari seminggu, kadang2 jadi 6 hari, kadang2 jadi 7 hari..Tapi okay laa..at least kitaorng enjoy..biasalaaa..memandangakan dalam kepala otak sekarang ni fikir nak cari duit je..nak buat apa? baca la balik point 8 dengan 9..hehehe..

14. Selain dari tu,ofcozz laa nak tanggung mak den..tak banyak,sikit2 pun jadilah buat masa ni..Tak banyak yang aku bagi kat mak aku buat masa ni,tapi adala sikit2 untuk berkat rezeki orang kata.. Ingatla, kalau korang dah berkerjaya tu,kalau ada mak ayah lagi,bagi la sikit2 untuk berkat rezeki korang tu.. Biasanya mak ayah kita ni tak mintak pun..tapi x salah pun kalau bagi kan..insyAllah x putus rezeki kita..

15. Setakat ni Alhamdulillah la, x pernah lagi la aku kebulur tak makan walaupun gaji aku ciput je..kalau xde duit sangat dah pun, ada je rezeki orang bagi..kadang2 ada orang  masak hantar makanan..sedap pulak tu...camane tak sayang..hehehe..

16. BTW..sekarang aku dah pakai kemeja size XL balik..harapnya maintain..hehehe..Cuak jugak ni, sebab tempat kerja baru nanti, hari2 lunch free..boleh jahanam diet aku..lauk kambing plak..perghhhh..ah sudah..

17. Sekarang ni aku dah slow sikit dah bab2 bola ni..tak bermakna aku x tengok n tak menyokong lagi dah team kesayangan aku, cuma memandangkan sekarang ni dah ramai "Otai" kat stadium mahupun dalam laman sosial, so aku sebagai insan yang tak "Otai" dan budak terkinja2 kat stadium ni malas nak pegi sangat dah..kasi laaa "Otai2" ni memenuhkan stadium since 1959..Aku, baik cari duit..lagi bagus..

18. BTW lagi, saat artikel ni ditulis, Pahang tengah Top League..tapi ntah kenapa,aku berharap Pahang merudum balik..sebab aku nak tengok sejauh mana "Otai"nya penyokong2 Pahang since 1959 ni..

19. Dah, cukup..haritu aku belek2 balik blog ni,rasa rindu nak menulis balik tu yang tulis balik nih..tapi haritu macam2 idea keluar, harini takde idea sangat plak..InsyAllah lepas ni kerap sikit kot..tengok laaa keje baru camane sibuk ke x sibuk..

20. Semoga kita semua sentiasa perbaiki diri dan kehidupan kita semakin baik dari hari ke hari..nasihat aku, kawin la cepat.. (tiba2)

21. Yang penting.. I Love you..yes You..


Mamat jiwang is back.. :P
Assalamualaikum... :)



"Kesempitan akan membuatkan kita keluar dari ruang selesa.."