Wednesday, April 3, 2013

Bilakah Titik Perubahannya?

Assalamualaikum...

1. Apa khabar readers?sihatkah?sudah makankah?gembirakah?sudah kuruskah?sudah gemukkah? Alhamdulillah aku sihat,sudah makan,gembira so so, tak kurus, yes gemuk..ada masalah?Siapa sangka,aku kembali dengan entry kedua pada tahun ini walaupun rekod tahun 2012,aku kluar satu entry je setahun..nampak sangat sekarang ni aku xde kerja kan?nampak sangat kan?

2. Tiap2 manusia melalui proses perubahan sepanjang hidup..brape kali dah kita berubah? stakat ko nak belagak berubah dari gemuk ke kurus dengan aku x payah..makan kaki aku kang..(jeles)

3. Perubahan yang aku tekankan kat sini ialah perubahan sikap dan kematangan...bila kita sedar yang kita sudah berubah sikap dan menjadi semakin matang?

4. Aku walaupun umur tahun ni dah nak masuk 24, bakal pemegang ijazah, dah bertahun khatan, aku still rasa macam budak2 yang selalu lepak kat PV tanpa arah tujuan tu walaupun aku tau aku tak penah terpikir nak pegi lepak kat PV tu..best sangat ke?ha?ha!?

5. The point is, stiap manusia ni mesti, nak tak nak akan melalui perubahan yang pastinya effect dari pengalaman..Boleh kata semua manusia ni nak berubah, tapi apa yang menghalang?

6. Aku sentiasa nak mengubah diri aku lebih berguna n baik..tapi walaupun aku rasa aku xdela buat ,menda2 jahat sangat, aku still rasa aku ni manusia paling jahat..memang macam tu eh? korang semua pun berperang perasaan diri sendiri macam aku jugak ke?maybe normal la tu kot ek?ek??ek?

7. Sekarang aku nak cerita perubahan2 yang aku sentiasa impi2kan selepas aku rasa aku sepatutnya menjadi lebih matang di kala usia ini yang mana ada member2 aku dah beranak dua dah pun..aku still stalk maria ozawa senyap2..kakakakaka!!

8. Aku teringin jadi seorang yang berkeyakinan tinggi..tinggi gila sampai stakat nak jalan2 kat ECM tu sambil tak pakai baju tunjuk perut gelebeh aku ni pon tarak hal sebab yakin dengan perut aku tu,aku boleh buat awek2 cun bermimpikan aku tiap2 malam.. kepala hotak kau!

9. Keyakinan yang aku maksudkan ialah, yakin untuk berhadapan dengan apa2 pun..berani la lebih kurang..sebab apa?sebab sekarang aku still rasa "kalah" dengan beberapa orang kawan2 aku yang berani explore macam2 perkara lepas grad walaupun seorang perempuan.. Cari kerja dgn company besar, berani demand gaji, berani mengatakan "BOLEH" atas apa saja cabaran tugasan yang mungkin dibagi masa temuduga..

10. Aku? Cari kerja company biasa2, masa temuduga orang tanya nak gaji brape cakap tak tahu, tengok company nak kebolehan After effect terus pangkah..Aku boleh belajar,tapi tak berani..nampak?spender bukan? Tapi bagi aku lah, nak demand2 gaji sangat pun aku rasa tak layak dengan kebolehan aku..nak memilih kerja sangat pun, ko tak nampak brape juta lagi orang menganggur kat luar sana?sampai bila nak memilih?

11. Aku nak berubah jadi seorang yang pandai bercakap..ya,agak berkaitan dengan point pertama tadi..Aku walaupun nampak macam terer bercakap,tapi itu semua bila dengan kawan2 yang dah biasa kenal..Bila jumpa orang2 baru especially orang2 "besar" sikit dari aku, aku akan jadi seorang yang paling tak ramah skali dalam dunia..

12. Sebab apa aku nak pandai bercakap? sebab aku tengok bila orang pandai bercakap ni, orang mudah dekat..Kalau pandai bercakap ni, walaupun gemuk n x hensem macam aku,  stakat nora danish yang belakon peluk atas katil dengan rusdi ramli tu bukanlah masalah besar nak dapat..Diana Danielle masa belakon romen dengan Remy Ishak tu boleh mintak tukar aku jadi pasangan dia..(kau nampak,niat pon tak betul..)

13. Tapi bukanlah yang pandai bercakap besar semata2 tapi hampeh macam taik dan menggunakan kelebihan berkata2 ni untuk melakukan kemungkaran dan menganiaya orang lain..

14. Lagi satu,orang yang pandai bercakap ni,good in business..sesuai dengan cita2 aku..tapi apakan daya,aku ini seorang yang lebih banyak menggumam dari bercakap..

15. Perubahan yang ke-3 iaitu yang aku rasa boleh membantu aku untuk mencapai 2 perubahan awal yang aku inginkan tadi ialah...KURUS..bukan KURSUS...KURUS..

16. Aku dah melalui hampir 17 tahun hidup dalam kegemukan..lebih banyak kekurangan dari kelebihan yang aku rasa sepanjang duduk dalam badan ni..salah dua yang ia mempengaruhi sikap aku ialah tak yakin dan malas..

17. Ko tau kan Malas ni Nabi cakap penyakit paling kronik di dunia?

18. Walaupun aku rasa duduk dalam badan yang berat ni buatkan aku malas, dan aku rasa dengan mengecilkannya mampu membuatkan aku membuang sikap malas, tapi selalunya malaslah yang menghalang aku daripada mengecilkan badan ni...ko paham tak ayat aku? aku memang nak kasi korang berpikir sikit..

19. Tapi aku rasa itu cuma alasan..Ya,aku rasa aku cuma jadikan berat badan sebagai alasan punca sikap malas aku.. Aku pun xtau kalau aku kurus, aku boleh jadi rajin ke tak sebab aku tak pernah rasa kurus di usia kanak2 - remaja - sampai lah dah boleh jadi suami orang ni..

20. Yang aku pasti,kalau kurus, Self confident aku akan melonjak tinggi macam point aku no.8 kat atas tu..cuba skroll skejap..

21. Jadi nampakkah anda kaitan kurus dan impian perubahan yang aku inginkan dalam hidup aku saat ini??

22. Maka, setelah aku menggunakan Fat Burner API dan Lipo 6, kini biarlah aku beralih pula kepadaaaa...


23. Yaaa..aku mempunyai masalah mudah percaya dengan produk2 sebegini setelah melihat tutorial2 penggunanya.. F*ck it! Lets give it a try! esok insyAllah sampai ke tangan..jadi,gunalah fat burner extreme..hubungi nombor yang tertera!

24. Mesti korang rasa gampang kalau entry panjang2 mencarut merepek ni just untuk iklan menatang ni kan??hahaha..jangan risau..bukan..

25. Aku sudahpun tetapkan azam untuk gunakan menatang ni sebaik mungkin untuk membunuh segala2 lemak2 aku..tidak seperti cara aku gunakan menatang2 yang aku sebutkan sebelum ni..makan hari2 tapi duduk menghadap komputer..cukup gampang dan bangang..

26. Sebab apa?sebab menatang ni mahal la sial! kalau tak guna betul2, boleh jilat ludah sendiri..

27. Sampai di sini sahaja..segala tulisan2 yang tidak elok, lucah,mencarut dan sebagainya di atas,anggaplah gurau jee..hehehe..Semoga kita semua berjaya mendapatkan perubahan yang kita inginkan..InsyAllah..

"Ada tiga benda dalam dunia ni yang menghalang bakat. Satu rasuah, dua tak menepati masa, dan ketiga Cinggey.." 
- Jijo Alfonso Parreira Abdullah

2 comments:

  1. slamat berjaya brubah bro.. aku yakin one day ko berjaye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro..u too..

      nampak tak..dekat stahun baru reply..hahaha

      Delete