Saturday, March 30, 2013

Kembali Menggoncang..

Assalamualaikum to all readers!! (bajet ramai follower..)

1. Korang cuba tengok balik last post aku kat blog ni bila..8 bulan yang lepas..apa maknanya tu? sama ada aku terlampau sibuk atau sudah xde idea or minat nak menulis merepek memaki hamun kat blog ni..Tapi malam ni apa aku buat kat sini setan!?

2. 1st of all,kalau adalah reader blog ni,aku ucap trimas la sebab masih ada hati n masih boleh pujuk hati tu nak click kat link blog aku ni..tak ada apa yang menarik pun aku nak tulis malam ni..tapi kalau tengok post aku lepas2,korang paham lah biasa aku mencarut pasal apa..

3. Post kali ni aku nak tiru style mahathir sikit menulis..pemerhatian aku,lebih menarik n mudah nak baca..betol tak? mesti la betolll..gua menulis style genius ni oi!

4. Aku tak taulah dah bagitau ke belum dalam post sbelum ni..aku skrang dah habis dah degree..sekarang aku dah berjaya dapat kerja besar kat kompeni besar sebagai penganggur..nakharomm la siot susah nak dapat keje..stakat ni baru pegi interview 2 tempat..tempat pertama kena hentam dgn bos company sbb aku macam x prepare, n yang kedua best sikit n harapan nak dapat macam besar..tapi ntah..tak dapat jawapan lagi..

5. Masa2 kesunyian n lonely xde kerja macam ni baru la rasa macam nak angkut beg pegi kelas balik..masa ni baru rasa seronok kalau pegi hadap layout pad n pensel buat sketches tiap2 hari..(biasanya tak buat jugak..), masa ni baru la rasa menyesal pegi kelas lalu depan awek cun2 taknak tegur sebab malu tak bertempat.. Masa ni baru la ko rasa nak peluk cium lecturer2 yang buat kerek dengan kau dulu n kau maki kutuk blakang2 bajet macam berani nak melawan..

6. Nak menyesal pun tak guna sekarang masa aku blajar pun dah habis..walaupun rasa nak pegi ke kelas smula, tapi aku dah tak sanggup lagi dah nak belajar..kalau boleh aku nak pegi kelas hari2 lepak2 dgn member, perabis duit PT yang aku dapat n ushar budak2 junior je sambil mntak no phone hari2..nak hidup macam tu smpai mati..boleh?

7. Masuk hari ni, dah dekat 2 bulan aku menganggur kat rumah..hari2 sebelum tido tengok running man episod yang sama berulang2 sebab kat umah xleh nak download internet slow..

8. 2 bulan jugak aku menjadi tukang buat ayaq kat restoran mak aku..ya, mak aku baru bukak restoran kecil di kuantan..cukuplah kot untuk menanggung isi rumah setiap bulan..sape nak rasa air aku buat datanglah kedai..orang kata mee kari mak aku paling sedap kat kuantan,kalah planet curry..orang cakaplah..jangan kata aku bongkak pulak..

Inilah rupa kedai mak aku..nak tahu lagi silalah click sini

9. Dah kerja kedai makan ni korang paham2lah bahana aku yang akan terjadi pada badan aku..ya..aku semakin gemuk sekarang..Pelaburan aku membeli pil2 fat burner boleh dikatakan menjadi taik begitu sahaja tanpa hasil lumayan..Janganlah salahkan aku..korang xtau betapa sukarnya mengawal nafsu serakah orang badan gemuk ni..selera boleh dikatakan mengalahkan singa cap kelapa laut afrika..

10. Kalau sebelum ini aku boleh berbangga bila boleh sarung balik kemeja size XL, sekarang kemeja XL tu pun macam nak taknak je bertuankan aku..celaka celaka celaka...

11. Tahukah korang dua sahabat aku yang selalu menjadi teman aku di kuantan ni skrang berkerjaya di Shah Alam menjadikan aku kesunyian macam gampang kat sini?

12. Mujurlah dengan pemberian BB1M pada bulan lepas dapat aku inzalkan ke arah pembelian buku yang lebih berfaedah untuk menjadi bahan telaah aku di kala aku nak menangis sorang2 dalam hujan di tengah malam..

Korang nampak betapa ulat bukunya aku sekarang walaupun kebanyakannya buku2 mencarut dari Lejen Press..

13. Tapi tahukah jugak korang kedai2 buku kat kuantan ni naharom tak best langsung dengan buku2 yang ntah daripada zaman batu keberapa...celaker tak reti nak update ke list buku2 baru kat pasaran? Aku nak cari cari buku berkaitan grafik pon macam gampang susah kat sini..

14. Kehidupan seharian aku masih belum lengkap selagi tak bukak facebook n cuba "merogol" status orang sebanyak mungkin tiap2 hari..kau nampak tak betapa tak gunanya aku masa berada di peringkat menganggur ni?

15. Setakat ni dulu caci maki aku untuk kali ni..takde idea nak maki lebih2 pagi ni..entah bila plak aku datang balik mencarut kat sini itu aku xtau..rasa macam seronok pulak menulis ala2 mahathir ni..rasa macam genius pun ada..

16. Bab cinta aku taknak sentuh macam selalu..orang kata bercinta ni biarlah senyap2 je, tutt tuutt dah smpai ke malam pertama kawin..lagipun takut ada yang terluka tengok aku bahagia..(bajet hot)

17. Mulai dari sekarang aku nak akhiri nukilan2 aku dengan wise word yang boleh jadikan pembaca2 aku ni manusia berguna sikit..

"Don’t ever wrestle with a pig. You’ll both get dirty, but the pig will enjoy it ". - Cale Yarborough