Sunday, August 28, 2011

Blog Baru..

Assalamualaikum..

Ntah ape menda yang merasuk aku arini,tiba2 dtg inspirasi nak buat 1 blog baru..mungkin pengaruh citer How i met ur mother tu kuat sgt kot dlm palotak aku ni..hahaha..apa2 pon give a try..hope korang boleh respond kat pole di blog tu or bagi sdikit komen samaada rancangan aku tu menarik atau tak..

sila ke --->http://himmw-mystory.blogspot.com/

Thanx.. :)

Saturday, August 6, 2011

Saya Diganggu "Pihak ke-3".

Kosman! 6 Ogos 2011.

Kuantan - Program pengurusan badan yang dirancang oleh Haris,22 selama 4 bulan sebelum ini hampir menemui jalan buntu. Hal ini diakui sendiri oleh beliau ketika ditemui semalam di Bazar depan Masjid Kuantan. Beliau yang sebelum ini telah menwar-warkan programnya itu kepada media terdekat bagi mengatur 1 program perubahan dirinya di blog beliau. Beratnya yang sebelum ini maintain di tahap 105kg telah naik kepada 109kg sepanjang 3 bulan bercuti. Bagaimanapun beliau kembali sedar akan musibah yang menimpanya cuba bangkit dengan mengawal pemakanannya selama seminggu dan jogging dari Masjid Negeri ke Dataram Merdeka. Hasilnya beliau berjaya menurunkan berat sebanyak 100g. Bagaimanapun,beliau seakan-akan alpa,riak,bongkak dan takbur dengan penurunan itu dan menjalani cuti panjang selama 2 minggu.

Sewaktu ditemuramah semalam,beliau mengakui bahawa ada pihak ke-3 yang cuba mengganggu programnya itu. "Selama saya berada di Perak selama 3 tahun,saya dapat mengawal pemakanan saya dengan baik. Kadang2 saya cuma minum air sahaja dalam sehari dan menjadikan friskies sebagai sarapa pagi bersama susu. Namun halangan hebat amat sukar dihadapi di Kampung selama bercuti ini apabila jelas Syaiton terlalu kuat menggoda saya mencari makanan kegemaran saya yang sukar ditolak.Kadang-kadang saya akan didatangi oleh lembaga kuning yang menyeru saya supaya makan tanpa henti sepanjang 4 hari", kata beliau kepada wartawan. "Selain itu pemergian kawan saya yang merupakan trainer ikhlas saya iaitu Kamal,22 ke tempat belajar sedikit sebanyak mengganggu semangat saya. Tambahan pula rakan saya Lan,22 pula selalu menggoda saya melakukan perbuatan terkutuk dengan makan burgermbira di waktu petang di Pantai Batu Hitam yang spatutnya menjadi waktu jogging saya".

Haris dikelilingi wartawan yang mula memanggil abang2 yang berniaga di bazar itu bagi menggertak beliau menceritakan hal sebenar kepada media.


Lan yang juga turut bersamanya semalam turut mengakui jeles sekiranya berat badan rakannya itu turun. "Saya taknak dia menjadi lebih hensem dari saya,sebab saya tahu ini akan menghalang pandangan-pandangan gadis tehadap saya sekiranya kami keluar bersama".

Lan ternyata gembira apabila gadis2 mula mengalihkan tumpuan terhadap beliau atas kegagalan Haris dan juga gembira badannya sudah turun 2.5kg berbanding rakannya membuatkan dia berasa dirinya sangat hensem berbanding sebelum ini.

Namun Kamal menolak sekeras-kerasnya dakwaan Haris bahawa programnya terganggu dengan pihak ke-3 dan mengaanggapnya alasan semata. "Saya tengok dia ni semangat ada,cuma nafsu kudanya membuatkan beliau mudah patah semangat. Saya akui dia ni memang berpotensi menjadi seorang "Player" yang berjaya,namun keadaan fizikalnya sedikit sebanyak menghalang hasrat dia untuk menjadi seperti saya". Kamal juga sempat memberikan nombor telefon beliau kepada wartawan perempuan yang bertugas bagi membuktikan kewibawaannya sebagai bekas player yang berjaya.Bagaimanapun wartawan berwajah Lisa Surihani itu menolak dengan baik memandangkan beliau sudahpun bertunang membuatkan Kamal berlalu pergi sambil melepaskan penumbuk di tong sampah berhampiran.

Kamal jelas berang apabila skill beliau diperkotak-katikkan oleh wartawan kami setelah nombor telefonnya ditolak.


Ditanya mengenai bagaimana pendapat beliau mengenai hala tuju programnya itu,beliau berkata, "Saya cuba menjadikan bulan puasa ini sebagai 1 cara mengurangkan berat badan sebelum bermulanya semester baru. Namun begitu,lauk pauk dan juadah berbuka yang dijual sedikit sebanyak mengganggu proses ini. Saya juga cuba melakukan jogging di malam hari selepas Terawikh. Namun mengikut perancangan program itu hanya dapat dijalankan 4 tahun lagi. Bagaimanapun saya cuba menjadikan rancangan "The Biggest Loser" sebagai inspirasi saya memandangkan rancangan itu masih membuatkan air mata saya menitik walupon sekadar melihat alat penimbang gergasinya".

Wartawan juga sempat bertanya mengenai gosip cinta beliau. "Saya rasa belum masa lagi untuk saya bercinta memandangkan banyak lagi tanggungjawab saya yang lain. InsyaAllah sampai jodoh saya takkan sorok".