Saturday, July 16, 2011

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak yang berkenaan untuk melihat setiap penyokong Malaysia menyarungkan jersi kebangsaan di stadium

Assalamualaikum..

Sekarang ni tengah hangat 3 kelab EPL yang datang ke Malaysia untuk melakukan "Persembahan Koir" mereka di sini..Semua peminat2 bolasepak Malaysia yang sudah dimabukkan dengan kelab2 EPL sejak bertahun2 menjadi sangat teruja dengan kedatangan kelab2 ni..Apa yang nak diceritakan kat sini bukan pasal nak buat bantahan ke apa..smua tu dah telambat dah..nak tak nak yang membantah dan memboikot perlawanan2 persembahan ni kena tengok jugak pasukan kebanggaan negara ni akan dimalukan sekiranya pasukan kita kalah di tangan KELAB2 ni..(standard permainan mereka memang jauh lebih tinggi,tapi taraf mereka msih di bawah sebuah pasukan kebangsaan mana2 negara pon even pasukan yang menduduki ranking terbawah dunia)..

Namun begitu,yang menjadi isu di sini,mengapakan penyokong dan peminat2 bolasepak di Malaysia ni susah sangat untuk menyarungkan jersi kebangsaan yang belambak2 dijual sama ada di stadium,butik nike or on9...bukan mahal pon..murah jee...yelah,bukan semua mampu nak beli yang ori kan..tapi yang ori pon jauh lebih murah daripada harga jersi kelab2 ni yang ori..Jadi soalnya,kenapa??kenapa??kenapa!!??

Mungkin orang cakap "alah,aku pakai je jersi kelab,tapi jiwa aku Malaysia!!"..or ada yang cakap "alaa,pasal jersi pon nak kecoh???apa ada pada jersi??janji aku tetap sokong Malaysia!!"..okay,mungkin betul..tapi soalnya disini,adakah pemain2 atas padang tu tahu anda menyokong mereka sedangkan baju yang anda pakai tu adalah milik pihak lawan mereka??tahu tak peranan baju yang penyokong pakai di stadium tu pada mental setiap pasukan or pemain??menda macam ni dah di didik sejak skolah lagi la..kalo sukan korang rumah biru,mesti korang akan pertahankan warna korang kan??adakah anda sanggup memakai baju merah,kuning or hijau??silap2 kena lepuk dengan member2 rumah biru anda..hahaha..tidakkah anda rasa pemain rasa disayangi dan bersemangat bila melihaat stadium diwarnai dengan jersi yang mereka sarung demi mempertahankan maruah negara??malahan King Gopal seolah2 merayu kepada penyokong untuk menyarung jersi negara bagi menyatakan sokongan mereka..Rayuan Sang Raja. Bukan tu saja,malahan penyokong2 gak ada yg mengejek masa game lawan Arsengal sabtu lepas..Murka Sang Raja..

Jadi kat sini aku ada sdikit idea macam mana nak bagi penyokong2 Malaysia ni menyarungkan jersi kebangsaan/t-shirt/baju/jersi yang langsung x berkaitan dengan kelab2 atau pasukan luar negara...

1. Pihak berkenaan menyediakan 100,000 jersi Malaysia untuk dijual dengan harga serendah RM1 beserta dengan pakej percutian..Yela,orang kita kan pantang dengan barang murah beserta hadiah..

2. Kalo dah jual singgit pon xnak bagi free jelah 100,000 jersi tu..yela,orang kita kan pantang dengan menda2 free ni..

3. Merampas sebarang baju/mafla/bendera pasukan lawan yang dipakai/dibawa oleh rakyat Malaysia..tapi berikan mereka jersi yang 100,000 tadi tu..

4. Dah bagi free pon tak nak,mintak kerajaan kerahkan askar2/polis/rela/FRU untuk paksa diaorang pakai jersi tu sbelum masuk ke stadium..

5. Sapa2 yang degil jugak,mintak perintah mahkamah untuk buang kerakyatan mereka..tapi jangan hantar ke negara lain selain negara pasukan kesayangan mereka..(kesian gak nak anto ke pedalaman afrika tu kang x dpt tgk bola..)

Kalo lima2 langkah kat atas tu digunapakai kat Malaysia ni,korang boleh bayangkan betapa susahnya nak tengok penyokong2 malaysia ni setia menyarung jersi kebangsaan..Dah macam duduk bawah pemerintahan komunis dah..hahaha..Langkah2 kat atas tu bukanlah aku listkan untuk merayu pihak berkenaan ikot ke apa..cuma aku nak menggambarkan betapa susahnya penyokong kita nak menyarungkan warna sendiri..Ultras tu lain cerita la,diaorang x pakai jersi Malaysia sebab ideologi mereka..tapi jiwa mereka dengan pasukan mereka tak dapat dinafikan lagi..kalo tak pecaya try join diaorang..xnak join pon cuba kaji dulu ideologi mereka..baru korang layak kritik mereka..

Akhir kata,tulisan ni bukan aku tuju kat sapa2 direct atas muka..siapa makan cili dia rasa pedas la kan..kalo terasa gua minta maaf la..Sape yang terasa lebih2,aku peduli apa...1 soalan je..ANDA MARAH,BENGANG,SAKIT HATI BILA KELAB2 KESAYANGAN ANDA TU DIKRITIK DAN DIKUTUK HEBAT..SOALNYA,APA KAITAN ANDA DENGAN KELAB TU??

-Selami akal,selami hati,selami lautan dalam..renung-renung kan-