Friday, December 31, 2010

Tanah Tumpahnya Darahku..

Assalamualaikum guys..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..(dah macam nak khutbah jumaat dah)
memang segalanya berbaloi..penantian negara selama 14 tahun dan penantian aku sejak berberapa tahun nak tengok kebangkitan & kemeriahan bolasepak tanah air akhirnya dah tercapai..Akhirnya Skuad Harimau Malaya dapat jugak lakar sejarah negara yang pertama bila dah menang Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan team Indonesia yang sememangnya berlagak,riak dan takbur..nak2 lagi penyokong2 dia..hahhaa..puas hati aku bila kita dapat tutup mulut diaorang dengan kemenangan kita..nak tau tak?sepanjang AFF cup ni,bole kata hari2 aku berdebat dengan penyokong2 indo kat page FB AFF cup nih..penyokong diaorang memang kurang2 ajar belaka..tapi tak semua la cuma ramaiiii..caci maki diaorang memang sial..tapi aku tetap nak tunjukkan rakyat Malaysia ni berbudi bahasa and professional..aku tak mencarut2 and hina negara diaorang macam diaorang buat..and seboleh2nya aku elak panggil diaorang "INDON" sebab diaorang tak suka..ada sapa2 tau sebab apa??

1st leg semi-final dengan vietnam kat bukit jalil..tu la 1st time aku jejak kaki kat bukit jalil and 1st time jugak aku tengok game Malaysia secara LIVE kat stadiumm..sebelum2 ni dapat tgk kat TV je sebab jauh..and 1st time juga aku join Ultras Malaya yang memang dah lama aku nak join..dpat jugak akhirnya..and ternyata segala2 yang "1st time" ni sangat berbaloi dengan hasil susah payah aku ke sana..bayang la aku sorang2 diri naik bas dari kuantan ke bukit jalil..pastu beli tiket last2 minit(game pon dah start masa sampai),berebut plak nak masuk pintu kecik stadium tu dengan beribu2 orang lagi nak masuk..utk 1st time join Ultras aku berdiri selama 90minit macam rules diaorang..tapi lebih kot sebab time rehat aku x duduk jugak sebab seat penoh..hehehe...semua tu berbayar bila Safee Sali berjaya menggamatkan Stadium 2 kali..perghh..hanya orang yang dah penah tengok bola kat stadium je yang tahu betapa nikmatnya masa tuh..even kalau tiket beratus2 pon semua tu memang berbayar la..

Untuk 2nd time plak jejak ke Bukit Jalil..aku mula gerak ari jumaat ke perak sebab nak amik barang2 kat umah sewa..masa brenti kat R&R gambang jumpa plak player2 pahang yang OTW ke S.alam friendly dgn selangor(kalah 2-1).Sempat la angkat tangan kat Alex(no.12)hehehe..malam tu aku tido kat ipoh..mak aku cakap,abang ipar aku kat KL cakap yang kawan dia cakap tiket bola dah sold out!!!wahhh..aku mula2 memang frust gile babi..gila ko,negara tengah nak cipta sejarah kot..esoknya aku gerak ke KL sebab ada kenduri kawen..petang tu aku tak kira aku ajak jugak abg ipar aku pegi cari tiket kat SBJ..akhirnya dapat jugak n ternyata kisah2 tiket abis tu khabar angin je..malam tu baru betol2 SOLD OUT!and petang tu jugak la aku dapat beli jersi Malaysia yang dah lama aku cari size XXL sebab mmg susah nak dapat.Even tak dapat warna kuning Home tapi xpelah..janji ada..And ahad malamnya aku n abg ipar aku naek LRT dari titiwangsa ke bukitjalil..sesaknya macam sardin toksah cakap la dalam LRT tu..tapi aku ngan abg jen dapat duduk..hehe..sampai2 je kat hentian BJ..perrghhh..orang2 kat situ sambut kitaorang dengan sorakan macm kitaorang ni plak player2..hahaha..giler..dah lama aku x rasa suasana stadium penuh macam tu..tercapai jugak impian aku..last aku duk dlm stadium yang penuh masa kat SDM tahun 2004 masa pahang menang liga super..korang2 yang tak pernah duduk dalam stadium yang penuh try2 la pegi lain kali..memang takleh digambarkan dengan kata2 laa..and skali lagi aku dengan abg ipar aku malam tu join Ultras Malaya(UM) kat stadium..memang surpeise gila diaorang keluarkan bendera gergasi Malaysia yang orang cakap harganya cecah RM15,000..and jugak surprise dengan Jersi Kebangsaan gergasi yang xtaulah plak berapa harganya..Alhamdulillah skali lagi journey aku tak sia2 bila kita menang 3-0 malam tuh..perghh..memang xleh bayang la..nak menangis rasa bebb..

Final 2nd leg aku dengan beberapa kerat geng2 TGC lepak kat Restoran Shaz kat tanjung api..even ujan lebat gila malam tuh,aku dengan berjersi biru skali lagi meredah ujan..wahhh ayaaatt..hehe..ramai jugak la kat sana..perghhh..begegar beb kedai tu masa Safee score gol pertama..gilerr ahhh..memang aku melompat2 macam orang gila malam tu..PUAAAASSS!!bila tengok skuad kita julang Piala kat GBK tu memang terharu gila la..abis je game tu geng2 TGC ni buat kepala nyanyi lagu "Barisan Kita" and semua kat restoran tu ikot sama and last2 bersorak..wahh.memang puas hati..

So sekarang ni aku tengah sibuk2 prepare nak masuk belajar semula..ke Shah Alam jugak aku degree nih..haha..aku dah risau dah nii..tapi xpe.."experience is the best teacher Domm"(diaolog Papadom)semoga aku n rakan2 kat sana berjaya dengan baik..and aku nak mulakan falsafah baru dalam hidup aku kat sana..InsyAllah..tak sabar jugak nak join TGCKL kalo pahang ada game kat KL..n boleh join Ultras Malaya(UM) kat restoran hakim seksyen 7 tu..dah dekat sangat dahhh..hehehe..

Apa2 pun Tahniah buat Skuad Harimau Malaya atas kejayaan and maruah negara yang dah korang naikkan..and lebih bangga lagi player2 kita yang berjaya kali ni semuanya bawah 23 tahun..gila ko..skuad muda kita kalahkan skuad senior indonesia kotttt..Aku memang bagi pemain terbaik Malaysia setakat ni ialah Khairul Fahmi Che Mat (KFCM),GK muda negara..umur sebaya dengan gua tu beb 21..dah makin hot dia sekarang..giler ahh..aku pon nak jadi player Malaysia ah pasni..belambak2 awek masyukkk..haha..and aku nak ambil kesempatan nak mintak maaf kat Safee Sali sebab aku banyak kutuk2 dia nak2 masa dia maen dengan selangor(adat la kan dah gua sokong Pahang..hahaha),and masa AFF Cup tu pon awal2 aku x suka dia sebab sakit ati tengok dia lebih banyak berjalan dari berlari..tapi last2 dialah wira negara..baguslah,dia dah buktikan tanggapan aku salah..SORRY YA BROO!!hehehe~~And jugak kepada semua sekali player2 yang dah besusah payah,and also to Mr rajagobal yang memang sangat berjasa..Tahniah!!

Kepada semua penyokong2,rakyat2 Malaysia,manusia yang ber "IC" biru berjalur gemilang,yang menyanyo lagu negaraku,yang bercungkil de lengan masa baru lahir..teruskanlah sambutan dan sokongan seperti yang berlaku sekarang ni..jangan hanya tahu berbangga dengan kejayaan dan kerakyatan malaysia hanya bila kita menang,tetapi hanya pandai mengutuk and menghina skuad negara masa kita kat bawah..sokongan padu kita sebagai "The 12th player" tu salah satu faktor kejayaan skuad negara..KALAU NAK SOKONG,SOKONGLAH SAMPAI MATI..Sebab ini negara kita,tempat kita lahir,tempat kita berbakti,tanah air kita...Tanah Tumpahnya Darahku..

Thats all folks..thanx 4 reading..c ya.. :D


Malam final 1st leg kat Bukit Jalil pergi dengan Abg Ipar gua..naek LRT dari titiwangsa asmpai sesak2 ke stadium..Malam yang paling gemilang and berbaloi tengok Malaysia score 3 gol yang buat Malaysia juara dari segi agregat 4-2..Jersi tu beb..susaaah nak cari XXL..inipon 2nd grade punya dah rm55..mahal kott..tapi takpee..janji puasss!!!
Nilah Ultras Malaya malam final pertama kat SBJ tu..try la cari gua kalo jumpa..hehe
Pengorbanan pertama gua untuk datang dari kuantan straight to bukit Jalil utk bagi sokongan sepenuh hati masa 1st leg semi-final.1st time ni gua tengok malaysia live kat stadium.punya la seksa nak sampai ke stadium..7jam dalam bas,berebut beli tiket last2 minit n berebut nak masuk pintu kecik stadium tu..and ternyata berbaloi tengok 2 gol Malaysia malam tuh..
Antara wira2 negara yang memainkan peranan penting untuk Malaysia cipta sejarah..respek gua lebih kat Khairul Fahmi Che Mat (KFCM)
Yang ni Gua masa menang Europa 2016 masa maen dengan Atletico Madrid..(dalam PES daaa..hahaha)Piala pon lebih kurang AFF punya..tengok la nama kat jersi ttuuu..hehehe
Tahun 2011 kita saksikan pulak kebangkitan skuad Tok Gajah dalam liga Super..insyAllah..AMOKK!!!

2 comments:

  1. mmg bangga giler..tp kan ader 1 je silap penonton kite lml 1st leg tu...biler kamera hala kat bendera malaysia yg besar giler tu, aku frust terus...camne laaa dorang bole xperasan bendera malaysia tu terbalik?!!!adoiyaiii..nsb bek our player main best giler mlm tu sampai terloncat2 aku dpn family mentue aku...hahahaha..menantu xsemengah!!!

    ReplyDelete
  2. haa...kalo ko nak tahu tu la Ultras Malaya..bendera tu cecah RM15,000 katanya..tapi kesilapan tu x sengaja sebab masa tu crowd sesak sangat n diaorang berebut2 nak bukak bendera tu..geng Ultras po dah minta maaf scare open aritu..xpeee..experience is the best teacher..janji diaorang mmg superbb

    ReplyDelete