Sunday, February 14, 2010

Semangat Yang Hilang...

Dah hampir stahun aku idup tanpa Aboh di sisi.13 April 2009 tu merupakan hari yang menjadi titik kepada perubahan yang sgt besar dalam hidup aku..mulai hari itu aku kehilangan lebih separuh semangat idup,hari itu aku mula memikul tanggungjawab yang besar pada keluarga,hari itu aku mula hilang separuh daripada keceriaan dalam hidup,hari itu aku kehilangan orang yang paling penting dalam hidup aku..my dad,my hero,my protector..dia pergi menyandarkan tanggungjawab yang besar pada aku dalam aku masih belum bersedia..aku masih belum bersedia utk menghadapi kehilangan dia..belum puas aku bergurau senda,bergelak ketawa,jalan bersama,makan bersama,beriadah bersama...malahan dia pergi tanpa mengatakan apa2 dan dalam keadaan aku tiada dan jauh di sisi dia..Kali terakhir aku mencium tangannya,aku mencium pipinya,aku menatap wajahnya,aku senyum kepadanya adalah 3 bulan sebelum dia pergi..kali terakhir aku dengar suaranya adalah malam sebelum dia pergi pagi esoknya..

Sumpah aku x sedia..n semasa aku berada di perak kini,aku rasa dia masih ade di rumah menjaga mak dan kakakku..dia masih ada..tapi aku yg x nmpak dia..masa aku sekolah teknik dulu,perkara yang paling aku takutkan dari hari pertama aku masuk ke sekolah tu ialah kehilangan ibu bapaku semasa aku jauh dari mereka..tiap2 hari aku telefon mereka bertanya khabar..jika ade pengumuman kematian keluarga pelajar2 lain di sekolah tu,aku akan turut menangis bersama kerana bimbang jika ia terjadi padaku..aku slalu berdoa pada Allah,"Jika Kau mahu tarik nyawa ibu bapaku,tariklah nyawa ku sekali Ya Allah"..tapi x sangka..ape yang paling aku takuti itulah yang terjadi padaku..malahan aku berada lebih jauh dari itu..


skarang tinggallah mak aku..separuh lagi semangatku yang tinggal..hari2 ceria aku skrang da x macam dulu..cutiku rasa macam kurang bermakna..walaupun orang nmpak aku sntiasa happy..dalam hati ni macam2 perkara yang ade yang slalu menghantui aku..sebab tanggungjawab aku kini bukan sebagai anak yang biasa lagi,tapi sebagai wali keluarga aku dan pelindung kepada keluargaku..

Wajib ade hikmahnya atas sesuatu yang berlaku..mungkin aku akan lebih bertanggungjawab lepas ni dan bersedia utk menggalas harapan keluarga..dan mungkin aku akan lebih bersedia utk menghadapi cabaran2 kepada perubahan hidup aku di masa akan datang..Aku amat mengharapkan sokongan daripada keluarga dan sahabat2 aku yang ade utk aku truskan hidup ni..

"Kalau tongkatku patah,tolonglah aku mencari jalan untuk bangun dan mencari tongkat yang baru..."
Al-Fatihah-Adam Bin Ali(23 Mac 1956-13 April 2009)

No comments:

Post a Comment